Monday, November 14, 2011

KESEIMBANGAN TERMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berjumpa lagi kita dalam tampalan yang seterusnya. Terima kasih kerana anda masih lagi sudi bertandang ke rumah jiwa hati nurani saya ini. Terima kasih diucapkan.




*Yahoo*
Ladang hati. Cantik, kan?


 
Berbalik kepada tajuk tapalan pada kali ini, apa yang bermain di lubuk fikiran anda?

Keseimbangan dari segi suhu antara dua objek. Inilah definisi keseimbangan terma. Bukan apa, akal ini secara tiba-tiba terkenangkan kopi panas yang sudah lama tidak dinikmati. Mungkin di lain kali dan di lain kesempatan barangkali.


 
*Yahoo*
Aromanya tidak dapat disangkal oleh deria bau. Menenangkan serta mengasyikkan. Saya gemar kopi. Anda pula, bagaimana?


 
 Serdang menunjukkan tanda-tanda hujan sejak petang tadi. Secara tidak sengaja, terlelap penulis dibuatnya dalam keadaan hujan yang tidak berapa lebat tetapi mampu membuatkan mata ini tertutup dengan sendirinya. Atau hujan tersebut terlampau lebat tetapi penulis yang tidak sedar? Entahlah. 

Ajaib kan hujan tersebut? Mampu melenakan mata yang mengantuk. he...he... Oh, sebenarnya, keletihan ini juga disebabkan kelas saya yang bermula pada pukul 8.00 pagi berlarutan sehingga pukul 3.00 petang. Terasa seperti  budak sekolah pula mempunyai jadual waktu pembelajaran yang sebegini.

Setelah terlampau banyak mengarut yang entah apa yang dikarutkan, sebenarnya saya terfikir mengenai keseimbangan terma dalam kehidupan kita seharian.

Waktu panas, minuman sejuk lebih mendapat tempat di hati. Manakala pada waktu sejuk, minuman panas pula mendominasi. Benar, bukan?



*Yahoo*
Oh, inilah yang dinamakan keseimbangan terma. Ais kacang pada waktu panas, pasti mengancam jiwa. Sedapnya.




*Yahoo*
Air kelapa disajikan di saat kepanasan melanda tidak kurang mengancamnya, kan? Oh, terlupa pula saya, nadieyamira tidak menggemari air ini. Jangan marah ye, nadieyamira. Sekadar gurauan.


Tetapi makanan yang lazat, pasti mahu dinikmati pada waktu bila-bila masa sahaja, kan? Tidak sedap rasanya apabila menikmati makanan sejuk pada waktu panas mahupun makanan sejuk pada waktu panas. Tetapi, sebagai pelajar seperti saya yang tidak berpeluang memantapkan serta mempraktikkan kemahiran memasak, makanan yang sejuk pun dirembat juga kerana perut sudah tidak dapat menahan lapar. he...he...


*Yahoo*
Nyum...nyum...Kelihatan sedap, bukan?




*Yahoo*
Dalam menikmati santapan, buah-buahan jangan lupa.


 
Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian makanan pada kala ini. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke noktah akhir. Maafkan saya sekiranya gambar-gambar di atas mengancam deria rasa anda. Harap maaf dari penulis.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: