Sunday, November 27, 2011

CEMBURU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Ya, setelah lama tidak menulis, terasa rindu itu pasti ada. Oh, tidak lupa juga, semoga anda semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk melayari liku-liku kehidupan yang pastinya tidak mengenal siapa mangsanya.



*Yahoo*
Cantiknya, sememangnya bunga tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Tetapi, tidak semua wanita itu menggemari bunga, bukan?




*Yahoo*
Tidak perlu cakap. Sememangnya cantik.



 
Cemburu? Apa kaitannya cemburu dengan bunga? Bunga sememangnya cantik tetapi kecantikan seseorang wanita itu selalu dimadahkan dengan bunga. Benar, bukan?

Kecantikan itu terletak pada individu itu sendiri. Setiap insan mempunyai perspektif yang berbeza-beza untuk memberi pandangan mengenai apa itu cantik.

Ada insan yang menilai erti kecantikan itu dari sudut pandangan zahir iaitu pandangan fizikal. Ada manusia yang memperlihatkan kecantikan dalaman melalui tuturkata, cara pergaulan dan sebagainya. Individu itu berbeda rencah dan ragamnya. Itu yang membuatkan kita istimewa.

Bosan tahu, sekiranya semua insan di dunia ini mempunyai nilai kecantikan yang sama. Tiada cabaran rasanya. Dan apabila hal ini terjadi, kecantikan itu memperluaskan ruang bosan dalam diri kita. Mana tidaknya, semua cantik dan apabila hari-hari menghadap insan yang cantik terasa tiada apa yang istimewa kerana dia, saya, anda dan semua insan adalah cantik. Oh, cantik dari sudut pandangan fizikal.

Berbeza sebenarnya antara kecantikan fizikal dan rohani. Kecantikan dalaman adalah misteri sebenarnya. Kita perlu meneroka peribadi insan itu dahulu, baru kita dapat merasakan misteri kecantikan dalaman itu. Ini lebih mencabar. Tetapi, cabaran itu indah, bukan?




*Yahoo*
Indah kah cabaran berjalan di waktu gelap tatkala kesunyian melanda. Bayangkan, anda berjalan seorang diri dan hanya ditemani malam yang sepi. Ditambah dengan kesan bunyi katak dan cengkerik yang menyanyi. Oh, indah kah cabaran yang sebegini?


Cemburu dengan kecantikan luaran itu tiada habuannya, tetapi cemburu dengan kecantikan dalaman dapat membuatkan kita untuk memperbaiki dalaman kita seiring dengan masa.

Oleh itu, marilah kita memperluaskan jaringan persahabatan kita dengan memperbaiki, memperindah, dan memperelokkan dalaman kita dengan mempunyai sahabat yang dapat membimbing kita dengan penuh kesetiaan ke arah akhlak yang terpuji.





*Yahoo*
Sahabat itu perlu. Tetapi tidak semestinya kita bernasib baik mendapat sahabat yang benar-benar dapat menjaga rahsia kita sebagaimana dia menjaga rahsianya.

 

Untuk melihat peribadi seseorang itu, pandanglah pada rakan-rakannya. Tetapi, ada juga rakan-rakan yang sukar untuk ditegur, kan? Tidak mengapa. Kerana mereka tetap rakan kita dan tanggungjawab kita sebagai rakan adalah sentiasa bersedia untuk memandu rakan kita sama ada dalam kesenangan mahupun kesusahan.

Rakan pada waktu bergembira senang dijumpai, tetapi rakan dalam waktu berduka sukar dicari.
Cemburu pada perkara yang positif itu adalah lebih baik kerana membuatkan kita lebih berusaha dengan bersungguh-sungguh. Tetapi, cemburu pada perkara yang negatif itu membantutkan tumbesaran akal. Eh, betul kah?


 

*Yahoo*
Cemburu tanda sayang. Oh, saya cemburu dengan kecomelan biskut ini. Anda pula bagaimana?


Ketulusan hati: Semakin ramai pasangan yang berkahwin tatkala masih lagi dalam proses belajar. Ini juga cemburu yang tiada tempat. Tidak perlu cemburu sebenarnya, kerana Allah itu tahu apa yang terbaik untuk makhlukNya. Tidak begitu?

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: