Saturday, November 5, 2011

BERSANTAI DI PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN TUN RAZAK BAHAGIAN SATU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian tidak kira anda mengikuti laman ini mahupun pembaca senyap ataupun tersinggah di laman peribadi ini, terima kasih diucapkan. Semoga kesihatan yang baik dikurniakan oleh Allah Ta'ala hendaknya.

Seperti yang telah dinyatakan di dalam tampalan sebelum ini, pada 3 November 2011 yang lalu, saya telah mengikuti satu rombongan ke Jengka yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Rombongan kami bertolak pada pukul 7.15 pagi dan sampai di Jengka pada pukul 11.15 pagi. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang. Syukur ke hadratMu, Ya Allah kerana memudahkan perjalanan kami.

Sepanjang perjalanan mata saya disajikan dengan pemandangan yang terdiri daripada pohon-pohon kelapa sawit dan tidak ketinggalan mengambil tempat di mata saya adalah pohon getah. Sepanjang perjalanan saya pasti jika anda berkesempatan ke sini satu masa nanti, anda tidak akan jemu atau bosan melihat pemandangan yang menyegarkan mata anda. Bukan janji tetapi pasti. Macam pernah dengar, kan?


Inilah simpang tiga untuk menuju ke jalan kebenaran. Gambar ini dirakam ketika perjalanan pulang kerana saya berada di kedudukan yang tidak membolehkan saya merakamkan gambar persimpangan ini ketika awal perjalanan. Untuk memudahkan pemahaman, saya berada di kedudukan kanan sisi bas ketika itu. Tidak hairanlah jika dikatakan bahawa gambar ini adalah gelap.


Selamat datang ke Daerah Maran. Cantik, kan replika Elaeis Guinensis (kelapa sawit) tersebut? Jengka terkenal dengan industri kelapa sawit. Harap maklum. Kerana ini merupakan kawasan Felda.


Seperti yang tertera di dinding batu tersebut, inilah destinasi ilmu saya. Terdapat pengawal keselamatan yang menjalankan tugas di sini. Pekan ini seolah-olah pekan yang terletak di tengah-tengah hutan dan lengkap dengan segala-segalanya terdapat di sini. Sila teruja. 


 Teka-teki, apakah huruf yang wajar diletakkan selepas huruf K itu? Cantik, kan huruf F lambang Felda tersebut? Sila angguk menandakan anda bersetuju dengan pandangan saya.


 Pandai. Semestinya huruf A, kan? Bijak betul pembaca saya sekalian. Sila tepuk tangan sendiri.


Destinasi ilmu pertama yang dituju. Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (3PTR). 
Terdapat pejabat di sini yang menguruskan segala aktiviti berkenaan dengan Felda.

Indah, bukan? Kecantikan itu hanya akan terserlah di hadapan mata tetapi di dalam gambar kecantikan itu kurang perisanya. Percayalah.


Pemandangan hadapan menghadap kawasan meletakkan kenderaan.


Pemandangan yang terletak di 3PTR. Saya yang mewakili kawasan ini dengan panggilan 3PTR itu supaya mudah diingati.


Juga pemandangan dari 3PTR. Tiba-tiba datang idea untuk mengadakan konsep laman yang sebegini rupa apabila rezeki mempunyai rumah sendiri nanti. InsyaAllah usaha sekarang untuk masa hadapan untuk emak dan abah serta adik-adik.


Konsep atap yang sesuai untuk pencahayaan yang maksimum.


Kawasan menyambut tetamu. Ringkas tetapi menarik.


 Kawasan dalaman 3PTR. Bersih, lantai masih berkilat.


Saya merakam gambar ini kerana secara tiba-tiba terkenang kosep perkahwinan zaman kini yang terdapat adegan pengantin perempuan akan turun dari tangga untuk acara seterusnya. Oh, nakalnya imaginasi.

Anda dapat lihat kawasan berbumbung tersebut? Menurut pengiring kami, itu adalah kolam renang yang dikenakan cas sebanyak lima Ringgit Malaysia selama satu jam. Berbaloi, kan? Tetapi kami tidak berkesempatan untuk singgah kerana kami balik hari. 


Konsep rumah idaman yang di kelilingi pohon hijau yang merendang menenangkan suasana.


Rakaman gambar dari sudut hadapan 3PTR.


Seperti biasa, awan merupakan objek yang gemar saya rakamkan.


Nampak tidak beranda yang ada di situ? Boleh lah perasan diri seorang penyanyi yang membuat persembahan untuk diri sendiri. Gambar ini dirakam ketika di dalam bas. Saya tidak pula pasti bangunan apakah ini.


Ini lah pokok kelapa sawit bagi insan yang tidak mengenaliya.


Konsep taman idaman juga. Tamak, kan saya untuk menghiasi laman saya nanti, sedangkan laman peribadi saya ini pun tidak saya hias seberapa.


Sebenarnya terdapat banyak kolam sebegini di Jengka.


Kolam yang sama sudut yang berbeza.


Ya. Sudut yang berbeza.


Tenang dan damai untuk menenangkan fikiran.


Pohon yang melambai.


Mencuci pandangan mata.


Papan tanda mengelakkan kesesatan yang tidak diingini.


Pokok nanas yang tiada berteman.


Indah. Sesuai untuk penggambaran adegan tari-menari sambil kejar-berkejaran.


Lagi gambar pemandangan yang berjaya dirakam. Indah serta tenang.

Ketulusan hati: Masih ada lagi gambar yang ingin dikongsi. Bakal ada penyambung untuk tampalan ini. Sila tunggu dengan penuh kesabaran kerana sabar itu sebahagian daripada iman. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: