Sunday, November 6, 2011

BERSANTAI DI FELDA RESIDENCE TEKAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tampalan ini adalah kesinambungan daripada tampalan ini. Selamat membaca untuk kalian dan selamat mengenang kembali pengalaman lalu untuk saya. Ini adalah sekadar kiasan untuk menghadirkan perasaan ceria tatkala ini. Tidak mengapa jika tidak menjadi.

Baiklah, kita teruskan dengan olahan berdasarkan tajuk tampalan. Saya merasakan saya adalah duta Jengka kerana semua gambar yang dirakamkan memberi memori yang sangat berguna untuk dikenang dan untuk diambil pengajaran.


Dalam tampalan yang sebelumnya, saya ada menyatakan bahawa segala-galanya terdapat di sini. Dapat dilihat terdapat tiga gelanggang badminton yang disediakan. Jom bersukan.


Luas kawasan yang disediakan untuk bersukan. Memang sesuai untuk aktiviti riadah bersama-sama keluarga.


Dataran KMK. Kolej Matrikulasi Kedah. Sememangnya adalah bukan. Harap maklum.


Pohon yang terdapat di sini sebagai sajian santapan pandangan mata.


Sesungguhnya hijau itu indah serta damai.


Sedapnya jikalau dapat menikmati air kelapa tatkala tekak kehausan.


Papan tanda untuk ke Felda Residence Tekam (FRT). Kedatangan anda pasti dialu-alukan oleh papan tanda. Jangan marah, nanti kena jual.

Indah, cantik apa lagi yang seteraf untuk menggambarkan apa yang terlihat?


 Untuk yang inginkan penginapan di sinilah tempat yang sewajarnya.


Selamat datang ke FRT. Selepas ini, saya sajikan anda dengan persekitaran dalaman yang terdapat di sini.


Pintu masuk FRT.


 Bagi yang inginkan penginapan, sila lah daftar masuk di sini.


Sedikit keterangan sejarah Kota Gelanggi.


Eksklusif, bukan?


Pintu masuk yang dirakam dari dalam.


Mengalas perut selepas makan mee dan kuih popia goreng sebagai sarapan pagi. Ini boleh dikira maraton makanan kerana makan selepas makan. Kami dihidangkan nasi sebagai makanan tengahari pula.


 Hiasan dalaman yang menarik hati.


Hiasan dari sudut lain.


 Jom kita daki tangga dahulu untuk menjamu selera.


Sajian saya. Layan diri. Terima kasih Felda di atas makanan percuma yang disediakan. Sedapnya dapat makan ulam. Nyum...nyum...


Jemput minum.


Jemput makan. Sila layan diri. Jangan malu nanti rugi.


Kaunter yang tidak dapat dikenalpasti. Saya baru perasan terdapat sinki membasuh tangan. Terasa tiada nikmat apabila menikmati makanan dengan sudu dan garfu. Terasa rugi enzim di jari-jemari yang tidak digunakan. 


Saya pasti sekiranya anda seorang yang teliti, anda pasti dapat mengimaginasi kedudukan sebenar kawasan ini berdasarkan susun atur perabot yang telah saya nyatakan melalui gambar yang terdapat di atas.


Sekiranya anda ingin menikmati makanan melalui angin yang sepoi-sepoi bahasa tetapi bukan hawa dari penghawa dingin, di sinilah tempatnya. Beranda yang berada di sisi kanan dari pintu.


Beranda yang terdapat di sisi kiri apabila keluar dari pintu.


Menikmati pemandangan sambil menikmati makanan yang disediakan serta menikmati pemandangan insan yang berenang. Oh, seksi. Ingat, sambil mata, jaga pandangan mata. Nasib saya baik barangkali kerana tiada insan yang berenang semasa saya berada di sini.

Beranda yang sedia untuk dituruni. Tetapi saya tidak mengambil jalan ini untuk turun kerana saya turun melalui jalan yang saya ambil pada waktu mula-mula saya menjejakkan kaki ke sini. Jika anda tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh penulis, sila abaikan.


Pemandangan di sekitar FRT.


Laluan keluar dari FRT.


Selamat tinggal FRT. Sekiranya ada masa saya akan datang lagi. Menurut pengiring kami, kawasan ini sesuai menjadi tempat penginapan bagi sesiapa yang ingin ke Taman Negara kerana lokasi yang strategik. Jika ada kelapangan dan kewangan yang mengizinkan, pasti saya akan membawa keluarga tercinta ke sini. Huh, terasa tidak sabar pula ingin mempunyai pekerjaan dan kewangan yang stabil untuk merealisasikan impian yang ada.


Setelah upacara makan, tibalah aktiviti mendekatkan diri kepada Allah. Solat jangan lupa walau di mana kita berada. Bukan setakat ingat, praktis juga perlu.


Terima kasih mak cik kerana melambai. Kami saling lambai-melambai. Sebenarnya, bas kami telah tersesat jalan dan perlu berpatah balik.


Jalan untuk berpatah balik ke pangkal jalan.


Promosi percuma. Oh, ini sekadar kiasan kerana saya tidak tahu apa yang perlu dinyatakan.


Jalan yang benar ke masjid.


Seusai solat, saya dapat merakamkan gambar yang sangat mahal nilainya. Dua orang kanak-kanak yang bersolat. Ya. Kanak-kanak. Walaupun mereka masih belum baligh, tetapi secara asas mereka perlu dilatih untuk menjadi seorang Muslim yang mengenal nikmat menjadi Muslim. Tahniah kepada ibubapa yang berjaya mendidik anak mereka sebegini rupa.


Sedangkan rakan-rakan yang lain masih lagi bermain. Untuk pengetahuan, sekolah agama terletak di sebelah masjid. Anak-anak perlulah dididik dari rebung. Saya bersetuju dengan pernyataan ini.


 Kembali ke kelas semula setelah loceng berbunyi.


Cantik, kan lampu masjid ini?


Ini lah masjid yang merakam keinsafan dalam diri saya melalui kanak-kanak tersebut.


Masjid ini lah yang menjadi saksi saya pernah berada di sini.


Inilah sedikit sebanyak perkongsian saya sepanjang saya berada di Jengka. Walaupun masa yang ditetapkan adalah agak singkat, pengalaman ini tidak mungkin saya lupakan. Terima kasih warga Felda Jengka dan pengiring yang mengiringi lawatan kali ini. Banyak ilmu pengetahuan yang saya dapat sepanjang lawatan ini.

Biarpun saya tidak dapat berkongsi secara keseluruhan dengan pembaca, saya tidak ingin menyemakkan akal fikiran anda dengan masalah dalam bidang kejuruteraan di negara kita kerana masa yang akan mematangkan  industri ini.

Oleh itu, diharap dengan gambar yang dirakamkan dapat mengubat sedikit sebanyak kerinduan anda terhadap penulis. Ada insan yang sudi merindu ke?

Pada pukul hampir 4.00 petang bertolak dari Jengka dan pada pukul 8.45 malam saya tiba di kolej dengan selamat.

Perjalanan pulang kami dihiburkan dengan rakan-rakan yang menunjukkan bakat mereka dalam bidang seni suara. Karaoke dalam bas.

Tidak sangka pak cik bas dan pengiringnya yang pada mulanya tidak peramah, tidak langsung peduli aktiviti ini dijalankan. Manusia adakalanya perlukan masa untuk adaptasi dengan sekeliling mereka.

Saya tidak mengambil ruang dan peluang kerana terdapat para lelaki yang tidak sepatutnya mendengar para wanita menyanyi tetapi ada juga wanita yang berani berbuat demikian. Hendak ditegur nanti masam muka dan sakit hati. Diam lebih baik dan saya hanya cegah dengan hati. Lemah, kan saya? 

Tampalan ini adalah sekadar perkongsian dari saya untuk anda dan kepada saya juga sekiranya satu masa nanti saya ingin  ke tempat ini semula, memudahkan saya. Buka laman peribadi dan saya dapat mengimbas apa yang telah saya lalui dalam hidup saya. Oh, indah sebenarnya dunia blog. Saya mula mencintainya kerana minat, bukan kerana nama. 

Ketulusan hati:  Saya dapati terdapat laman peribadi yang menganjurkan pertandingan untuk menarik minat insan lain berkunjung ke laman mereka. Dan semestinya, untuk memasuki pertandingan itu, insan lain perlu menjadi pengikut laman tersebut. Bagi pandangan peribadi saya sendiri, tidak perlu untuk berbuat demikian kerana bukan kah syarat sesuatu pertandingan adalah bebas untuk disertai oleh sesiapa sahaja. Maka dengan ini, terpulanglah pada anda untuk berfikir mengenai pertandingan yang anda sertai ataupun yang bakal disertai. Tidak lupa kepada anda, terima kasih kerana membaca.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: