Tuesday, November 1, 2011

BERFIKIR


*Yahoo*
Macho tak cara saya berfikir? Itulah agaknya ungkapan yang bermain di lubuk fikiran sang pemikir di atas.

Berfikir,
Akal mediumnya,
Tubuh aksinya.

Berfikir,
Pelbagai genre,
Mencari jalan penyelesaian.

Berfikir,
Apa yang difikir,
Mengapa dan kenapa harus berfikir,
Siapa yang berfikir,
Di mana akal berfikir,
Ini juga perlu difikir.

Berfikir,
Memikir,
Terfikir,
Asas logik akal fikiran.

Berfikir,
Merasakan diri hina,
Tidak sesempurna insan lain,
Mengapa aku,
Tidak orang lain,
Menyesakkan fikiran,
Menggondolkan ingatan.

Berfikir,
Cuba cari jalan penyelesaian,
Cuba selidiki diri,
Cuba langkah transformasi,
Bukan menunding jari.

Berfikir,
Biarpun perlahan,
Biarpun lembap,
Biarpun lemah,
Biarpun tanpa sokongan,
Berfikir itu tetap perlu,
Perlu diteruskan,
Kerana dalam fikir itu ada kita,
Kita yang mengusainya,
Kita yang mengawalnya,
Kita yang berkuasa.

Berfikir,
Kadangkala memberi kesedaran,
Kadangkala membuat diri tidak sedar,
Kadangkala berpura-pura serta menafikan kesedaran itu,
Buat endah tidak entah.

Berfikir,
Jika kau percaya apa yang kau fikirkan,
Nescaya itu adalah engkau,
Ambil tindakan wajar,
Untuk diri sendiri,
Bukan hanya mendengar pendapat orang lain,
Bukan hanya menjaga hati dan perasaan insan sekeliling,
Melebihi diri sendiri.

Berfikir,
Dan terus berfikir,
Tanpa henti,
Mengambil ikhtibar,
Mematangkan diri,
Memperbaiki diri,
Walaupun penuh onak dan duri,
Kerana kehidupan itu pasti ada yang menanti.

Berfikir,
Hujan Serdang kini membasahi bumi,
Merencatkan akal pemikir sang penulis,
Untuk berfikir,
Mengakhiri apa yang pasti.


*Yahoo*
Secara fizikalnya, otak kita sama tetapi cara pemikiran akal kita yang berbeda. Pandai-pandailah berfikir menggunakan akal dan bukan otak kerana yang semestinya akal yang mengawal otak bukan sebaliknya. Otak tanpa akal tiada makna manakala akal tanpa otak tiada erti. Saling lengkap-melengkapi. Itu adalah fitrah yang pasti.


Ketulusan hati:  Jangan malas berfikir dan jangan biarkan akal kita sentiasa berada dalam zon selesa kerana akal yang tidak selalu digunakan akan terhakis fungsinya. Berfikir juga ada hadnya. Jangan ambil langkah yang terlalu drastik dalam berfikir kerana kita manusia sememangnya kadangkala mudah terpengaruh dalam pemikiran kita. Jadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai fitrah dan asas logik akal dalam berfikir. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

No comments: