Friday, November 11, 2011

ANEH KE PELIK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat saya yang berada di laman peribadi saya ini. Selama datang ke laman blueberri saya. Seiap kali saya buka laman ini, saya berasa teruja dapat memiliki tanaman ladang sendiri walaupun hanya di alam maya sahaja. Mana tahu, suatu hari nanti, impian saya akan menjadi kenyataan. Oh, pasi indah tidak terkata jika impian menjadi realiti. Bolehlah saya menjemput anda untuk merasai blueberri saya. he...he....

Pada tampalan kali ini, impian menjadi realiti tidak menjadi topik perbincangan saya. Harap maklum. Terasa rindu pula saya untuk meluahkan dengan panjang lebar mengenai apa yang saya rasa supaya kita dapat berkongsi manfaat daripadanya. InsyaAllah.

Apa itu aneh? Adakah pelik itu aneh? Kata seertikah? Pelik dan aneh. Aneh dan pelik. Terasa pelik pula saya mengulang berkali-kali di sini.




*Yahoo*
Aneh.



 
*Yahoo*
Pelik.


 
Sebenarnya, saya ingin berkongsi pengalaman yang saya dapat dari perkhabaran teman-teman saya mengenai rakan bilik mereka yang menurut pandangan mereka adalah aneh dan pelik. Tetapi setelah saya sendiri mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka, tidak pula saya merasakan bahawa apa yang diperkatakan itu adalah pelik.

Manusia itu diciptakan oleh Allah Ta'ala dengan pelbagai ragam, sifat luaran dan dalaman serta pandangan yang berbeza-beza supaya kia dapat saling mengenali dan boleh bertolak-ansur untuk menguruskan perasaan masing-masing. Ini adalah keistimewaan manusia yang sudah pasti bermacam ragam yang dapat kita lihat dan mengambil ikhtibar dengan ragam tersebut.

Apa yang anehnya apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang tidak menyalahi ajaran agama tetapi telah menjadi tabiatnya? Tabiat yang perlu ditegur, tegurlah secara berhemah. Cuba jauhi unuk menyakiti hati seseorang itu walaupun tabiat mereka adakalanya menjengkelkan kita. Kerana kita manusia yang tidak terlalu penuh dengan kesempurnaan.

Saya kongsikan satu kisah benar yang terdapat di dalam perbualan bersama insan yang meraakan bahawa rakan mereka adalah aneh atau pelik. Sebagai contoh, terdapat seorang sahabat yang gemar menutup tingkap biliknya setiap kali malam menjelma tetapi hal ini tidak disukai pula oleh rakan yang sama bilik dengannya. Tiada peraliran udara dan bilik terasa berbahang jelas rakan tersebut.


*Yahoo*
Tidak mengapa tingkap terbuka di waktu siang kerana bahang matahari jelas terasa.


Ya. Ini isu remeh. Saya tahu. Saya mengerti. Tetapi, tidak perlulah bercerita hal tersebut kepada insan lain untuk menjatuhkan tabiat tersebut di tahap yang salah. Bagi saya, perkara menutup tingkap setelah malam menjelma itu adalah perkara yang baik. Kerana waktu Maghrib itu, kita digalakkan untuk menutup tingkap kerana syaitan gemar berkeliaran pada waktu tersebut. Jadi, apa salahnya dengan isu menutup tingkap tersebut? Saya pula terasa aneh dengan sikap sahabat tersebut. Atau saya yang aneh? he...he...

Manusia itu mentalitinya berbeda. Saya akui itu. Tetapi jangan sampai meletakkan tahap mentaliti anda di tempat yang tidak sewajarnya. Sebelum mengatakan sesuatu tindakan itu adalah salah, cuba cari maklumat yang menyatakan kesalahan akibat tindakan itu. Bukan dengan membuat tuduhan melulu untuk mengatakan insan lain adalah aneh mahupun pelik.

Anda sebenarnya yang pelik. Kerana anda tidak mengetahui releven dan logik akal di sebalik perkara tersebut. Sepanjang saya mendengar sesi luahan perasaan itu, saya pula terasa aneh dengan sikap segelintir manusia sebegini yang hanya tahu menyalahkan tetapi tidak tahu apa hikmah yang terdapat di sebaliknya. Terasa bosan pula saya, apabila sesi menyalurkan ketidakpuasan hati itu berlangsung dalam jangka waktu yang sangat memakan masa kerana hal remeh tersebut diulang lagi dan lagi. Nasib baik saya adalah pendengar yang setia. Oh, penulis mempromosi diri sendiri pula.  

Secara ironinya, berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata. Cari maklumat yang berkaitan dengan sesuatu perkara sebelum menjatuhkan kesalahan yang dilakukan. Ini baru dapat menunjukkan anda adalah insan yang hebat. Bukan hanya dengan mengikut kata hati tanpa mempeduli kata akal.

 
Ketulusan hati: Bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada insan lain. Belakang kata lain, hadapan kata lain. Benarlah, manusia itu adalah lain-lain. Jikalau semuanya manusia itu adalah sama, tentu bosan hidup ini kerana tidak dipenuhi warna-warni ragam manusia itu sendiri. Walaubagaimanapun, jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati, teguran dengan cara berhemah wajar diberi. Terima kasih kepada anda yang sudi meluangkan masa membaca coretan hati saya pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.


No comments: