Sunday, November 27, 2011

1 MUHARAM 1433

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Maal Hijrah juga. Pejam mata, celik mata, pejam lagi, dan celik lagi mata, sudah sampai kita ke tahun baru. Tahun baru dalam Islam. Masa berlalu begitu pantas.



*Yahoo*
Frasa yang selalu kita dengar. Masa mencemburui kita.


*Yahoo*
Oleh yang demikian, apa kata kita pula yang perlu mengubah masa dan biarkan masa pula yang mencemburui kita. Boleh? Masa tidak boleh diubah tetapi kita perlu pantas mengejar masa supaya kita dapat beriringan bersama. Barulah dikatakan sehati sejiwa.


Tahun baru, azam baru.

Tahun baru, semangat baru.

Tahun baru, positif sentiasa.

Tahun baru, terus melangkah ke hadapan hendaknya.

Tahun baru, buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Tahun baru, ceria selalu.

Asal tahun baru datang, semangat dan azam baru. Tetapi, apa sebenarnya azam yang dibawa dari tahun-tahun yang sebelumnya? Walaubagaimanapun, semoga azam yang ditanam dapat dikecapi untuk tahun yang berikutnya.


*Yahoo*
Azam baru saya tahun ini adalah untuk ceria dan gembira selalu. Saya tahu, selaku pelajar tahun akhir yang mempunyai projek ilmiah tahun akhir yang perlu diselesaikan dengan penuh perasaan sebelum semester akhir, inilah azam yang paling sesuai bagi saya. Kerana pembelajaran itu semestinya tidak akan berakhir dan saya ingin menghabiskan sisa-sisa terakhir saya sebagai pelajar dengan penuh ceria di pengakhirannnya. Banyak, kan perkataan akhir saya? Kalau anda rajin, cuba kira.


Cepat terasa masa berlalu,
Tahun baru berkunjung tiba,
Tercapaikah azam tahun lalu?
Atau tidak langsung  anda mencuba?

Mari tanam azam baru,
Supaya kita berusaha sentiasa,
Sayangi diri kita dahulu,
Supaya hidup kita gembira.

Saya tahu pantun ini ada yang tidak kena,
Tetapi yang paling penting kita mencuba.

Sibuk terasa diri ini,
Tolong doakan saya berjaya di sini.

Terima kasih atas kunjungan,
Sila lah datang lagi tanpa segan.


Image Detail
*Yahoo*
Duhai diri cerialah. Walau banyak mana pun kerja duniawi yang perlu diselesaikan, hakikatnya itu adalah pengorbanan untuk masa hadapan kelak.


Ketulusan hati: Kita semua mampu kecapi kejayaan. Oleh itu, marilah kita berusaha bersama-sama untuk mengejarnya. Tahun baru tanam azam baru, nanti kita tuai bersama-sama dan lihat hasilnya. InsyaAllah berjaya. Oh, penulis memberi motivasi untuk diri sendiri. Kerana hanya diri sendiri yang lebih mampu mengenal siapa kita sebenarnya, bukan insan lain. Jadi, hargailah diri anda. he...he....

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: