Tuesday, October 11, 2011

TERLEPAS DARI BELENGGU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi salah satu moment kegembiraan saya kepada anda semua. Ya. Anda kan salah seorang sahabat saya, jadi berlandaskan nilai persahabatan ini, saya kongsilah dengan anda semua.

Adakah anda dapat meneka apa yang saya gembirakan? Apa? Anda tahu? Pelik. Anda peramal masa hadapan kah? Juga bukan? Mesti ada yang tertanya-tanya apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Sabar dahulu. Sabar itu separuh daripada iman, tahu? Apa? Anda sudah tahu? Bagus. Tahu sahaja tanpa amalkan tidak berguna juga. Benar? Terasa? Oh, maafkan penulis.


*Yahoo*
Alangkah comelnya penulis apabila gembira sebegini.


Hari ini merupakan hari yang bermakna dalam hidup saya kerana saya telah habis persembahan latihan industri saya. Kepada sesiapa yang tidak mengerti saya bawakan anda untuk menyelak kembali tampalan ini.

Terima kasih Ya Allah. Tahu kah anda? Mesti lah anda tidak tahu kerana penulis sekali lagi cuba bermain dengan menguji kesabaran anda. Lagi sekali cuba amalkan sikap untuk bersabar.

Baik. Tarik nafas dengan perlahan, tahan dan lepaskan perlahan-lahan. Buka minda anda untuk membaca apa yang cuba disampaikan oleh saya.

Pertama sekali. Pertama mestilah sekali. Eh, penulis ni bergurau lagi. Jangan cuba untuk mengubah haluan anda ke petak tanda pangkah pada sisi kanan. Kalau bukan anda yang membaca, siapa lagi. Oh, tidak mengapa. Tampalan ini tetap menjadi arkib bagi halaman ini.

Baiklah. Kini serius. Allah menetapkan saya dan rakan-rakan untuk mempersembahkan persembahan kami hanya di dalam bilik pensyarah pelawat itu sahaja. Anda bayangkan lah persembahan dalam keadaan santai dan harmoni. Formal tetapi tidak terlalu formal. Saya suka keadaan begini. Kerana apa? Kerana ruang boleh mempermainkan perasaan seseorang manusia itu.

Saya berikan satu contoh kepada anda. Anda pasti boleh bayangkan saya dan sahabat saya, kami berempat sepatutnya melakukan persembahan dalam bilik yang agak luas. Bayangkan hanya kami berempat sahaja tetapi ruang yang luas diperuntukkan kepada kami. Ini dinamakan pembaziran ruang. Tidak baik membazir. Allah tidak suka kepada umat Muslim yang membazir.

Jadi, Allah telah mengubah tempat persembahan kami. Terima kasih, Ya Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk makhlukNya. Kami telah melakukan persembahan dengan santai sambil duduk di kerusi empuk dan hanya menghadap komputer riba yang berjenama Acer dan ini sungguh cool. Eh, terlepas pelat English lah pulak. Santai kan? Anda tidak perlu terlalu cemburu. Pendingin hawa di bilik pensyarah itu sungguh nyaman. Sila lah jangan cemburu buat kali kedua.

Maka, dengan berakhirnya persembahkan yang telah kami persembahkan, maka berakhirnya persembahan latihan industri yang selama ini memendungkan perasaan saya.

Terlepas dari belenggu. Itu yang lebih tepat untuk menggambarkan perasaan di hati ini. Rasa mahu hebahkan pada dunia. Tetapi dengan teknologi di era globalisasi ini, saya sebenarnya pun telah berkongsi perasaan saya bersama manusia lain di seantero dunia. Statistik halaman SECRET IN THE HEART telah menunjukkan manusia yang berada di negara luar dari Malaysia telah membaca tampalan saya ini. Terima kasih daun keladi, jangan malu dan segan untuk berkunjung lagi.




*Yahoo*
Terima kasih. Sila lah berkunjung lagi.


Ketulusan hati: Awan mendung tidak habis berarak sepenuhnya. Tetapi cukuplah sekadar Allah memberikan kelapangan hati buat masa ini. Duhai hati, bergerak lah.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: