Monday, October 31, 2011

SEUSAI TERLELAP JUA AKHIRNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat handai serta pembaca yang sudi berkunjung ke laman peribadi saya ini.

Seusai saya menerbitkan tampalan yang berjudul matang, dan setelah menguruskan hal dunia untuk bekalan ke akhirat, dengan kehendak Allah saya terlelap jua akhirnya. Alhamdulillah. Aktiviti itu sedikit sebanyak menjana tubuh badan ini dengan lebih bersemangat untuk mengumpul data bagi Projek Ilmiah Tahun Akhir.


*Yahoo*
Saya tahu ini bukan saya. Tetapi kecomelannya tidur dalam senyuman itu yang menggamit hati ini untuk menggambarkan saya tidur sebegini walaupun sebenarnya tiada senyuman yang mengisi.


*Yahoo*
Sememangnya ini juga bukan saya. Bayi. Siapa yang tidak gemar, bukan? Penulis terlalu comel sehingga malu untuk memasukkan wajah sendiri di laman ini. Sila jangan tersedak.


Kini,
Seusai terlelap,
Bangun meneruskan kehidupan,
Air membasahi diri,
Segar di hati, di tubuh jua di akal,
Merencana aktiviti,
Yang dirancang tika sebelum terlelap.

Kini,
Semangat yang hilang,
Kini membara,
Seusai terlelap jua akhirnya,
Tika tadi.

Kini,
Seorang pelajar,
Menjalankan tanggungjawab,
Menelaah, mencari, mengkaji,
Ilmu Allah yang tidak pernah susut mahupun surut,
Yang terlalu banyak,
Sehingga mematangkan dirinya.

Kini,
Terima kasih Ya Allah,
Atas kurniaan itu,
Merehatkan hambamu,
Tika itu tadi.


*Yahoo*
Gambar nostalgia. Serasa saya, saya pernah tidur dalam keadaan sebegini. Berjalan dalam tidur barangkali, tetapi tidak dapat dikenalpasti.


Ketulusan hati: Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan hambaMu ini dan Kau bukakanlah hatinya untuk menerima ilmuMu dan jauhkanlah dirinya dari fitnah manusia yang tidak pernah lekang untuknya. Ya Allah sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui sesuatu yang berlaku kerana ku tahu setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah yang Kau sediakan untukku. Saya mahu meneruskan agenda pembelajaran saya. Doakan saya wahai para sahabat sekalian. Tidak lupa juga terima kasih kerana membaca.  

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: