Sunday, October 23, 2011

SEMANIS KURMA: ISTERI UMPAMA BIDADARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar iman kita pada hari ini? Apa khabar hati kita pada hari ini? Apa khabar kesihatan kita pada hari ini? Semoga segala-galanya adalah baik-baik sahaja hendaknya. InsyaAllah.

Kali ini, sang penulis ingin berkongsi sedikit perkongsian hasil berjalan-jalan mencari ilmu pengetahuan yang tidak seberapa banyak di dada ini. Marilah kita bersama-sama menambahkan ilmu kita supaya hidup kita dilimpahi dengan cahaya kerana sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya yang dapat menenangkan serta menerangkan hati sanubari di kala hati dalam kegersangan ilmu pengetahuan.


video
Bahagian 1



video
Bahagian 2



video
Bahagian 3




video
Bahagian 4


Bagaimana perasaan anda setelah mendengar sedikit tazkirah tadi? Apa? Tak sabar nak kahwin? Kenyataan biasa bagi insan yang belum bernikah. Bagi insan yang telah melangsungkan proses pernikahan, pasti anda dapat mengaplikasikan sedikit sebanyak perkongsian pada kali ini. Semoga pernikahan kalian dirahmati dan diberkati Allah. InsyaAllah.

Manusia yang dapat menerima kelebihan serta kekurangan manusia lain, itu adalah hebat. Hebat kerana anda percaya takdir Allah yang memberi anda jodoh yang sedemikian rupa. Hiasilah kehebatan itu dengan peribadi yang sebaik-baiknya dan turutilah suami sebagai nakhota rumahtangga selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Sampai di sini sahaja tampalan saya pada kali ini. Pada pukul 2.30 petang nanti, bengkel yang saya coretkan pada tampalan semalam akan berlangsung. InsyaAllah, segalanya tamat pada pukul 5.30 petang nanti.

Ketulusan hati: Alhamdulillah di atas rezeki yang Kau kurniakan kepadaku Ya Allah. Nanti saya akan menyusul dengan tampalan bengkel yang saya hadiri. Semoga perkongsian itu nanti mendapat keberkatan dariNya.

No comments: