Saturday, October 15, 2011

SELAMAT PAGI DAN SELAMAT HARI-HARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda-anda sekalian? Di harap agar tenaga anda pada hari ini adalah di tahap yang maksimum kerana esok adalah hari Ahad. Maka, hari tersebut merupakan hari minggu. Hari untuk berehat seMalaysia bukan sedunia. Ini tidak termasuk negeri Kelantan dan Terengganu. Tidak, begitu?

Hari yang penuh nyaman. Anda baru bangun dari tidur?

*Yahoo*
Anda sedang menguap? Tutup mulut anda sekarang. Biasa lah adat, nanti syaitan nirrojim masuk dalam mulut maka, hari ini akan menjatuhkan semangat anda.

*Yahoo*
Masih menggosok-gosokkan mata? Tidak mengapa yang penting anda telah pun bersiap sedia berdiri untuk melangkahkan kaki anda ke tandas. Bagus. Ada peningkatan dari katil ke tandas.

 
*Yahoo*
Kalau masih dalam keadaan begini, terpulang lah kepada anda. Tidak mengapa bagi manusia yang bercuti pada hari ini.

*Yahoo*
Bagus. Teruskan aktiviti membersihkan diri. Ada temu janji, mungkin? Atau bersemangat menguruskan rumahtangga. Itu yang bersemangat seperti gambar di atas. Tidak mengapa. Janji apa yang kita buat, pahala dari Allah menati kita. InsyaAllah.

Selamat pagi, selamat tengah hari mahupun selamat petang adalah ungkapan yang seringkali diucapkan. Untuk makluman, selamat malam hanya boleh diucapkan apabila saat ingin tidur sahaja.

Tetapi, ucapan selamat pada masa -masa tertentu adalah untuk mendoakan keselamatan pada waktu -waktu tertentu sahaja. Oleh itu, selamat sejahtera adalah digalakkan untuk orang bukan Islam manakala bagi orang Islam, kalimah istimewa yang perlu diucapkan adalah dengan kalimah "Assalamualaikum". 

Mudah bukan dengan satu kalimah sahaja, kita secara automatik telah mendoakan seseorang. Mudah, ringkas, dan padat. Tambahan pula, ganjaran pahala diperuntukkan. Apabila kita berbuat baik dengan orang lain serta menyenangkan orang lain, ganjaran pahala daripada Allah akan diberikan kepada kita.

"Tapi, saya tidak mengenali dia. Tak kan lah tiba-tiba nak ucap "Assalamualaikum". Ish, segan lah saya." Ya. Terdapat segelintir insan yang mempunyai sifat sebegini. Jadi, kita boleh menggunakan cara yang paling mudah sekali.

Cuba lah teka?

                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :
                                                                                       :

*Yahoo*
Senyum lah kerana ia merupakan satu sedekah. Otot muka juga dapat dilatih untuk bergerak dan sekaligus membuat kita menjadi awet muda. Siapa yang tidak mahu kelihatan muda, bukan?


Mudah, bukan? Senyuman itu selalunya membuatkan aura-aura positif sentiasa menyelubungi diri kita. Tetapi harus diingatkan, senyuman yang ingin diberi itu haruslah bertempat. Ini bermaksud, senyuman itu perlu disedekahkan kepada orang tertentu sahaja dan bukan niat untuk menggoda. Senang cerita senyum lah anda pada kaum yang sejantina anda. Ini dapat mengelakkan fitnah. Nanti, tidak fasal-fasal ada yang terperasan.

 
*Yahoo*
Mahu tidak terperasan jika sebegini senyuman yang dilemparkan? Oh, ayu nya.

*Yahoo*
Ingat senyum pada sesama jantina sahaja. Suami isteri tidak termasuk dalam golongan ini. Mereka kes istimewa. Boleh, faham? Bagus. Teruskan pembacaan.

Baiklah, sekalian sahaja dari saya. Bertemu kita pada tampalan yang lain. InsyaAllah jika penulis bersemangat dan diberi semangat, saya akan kupas mengenai isu-isu yang lain pula. Ingin diingatkan bukan tampalan untuk mengajar anda semua mengenai cara-cara mengupas buah. Sekian dan kesian.

Ketulusan hati: Penulis tidak berjanji tetapi jangan biarkan janji hanya tinggal janji. Teringat ketika waktu kanak-kanak dahulu, jari kelingking yang berpaut untuk menoktahkan janji. Tersenyum sendiri dibuai kenangan lalu. Jasa masa, hiasi peribadi dan  lontarkan senyuman.

No comments: