Tuesday, October 4, 2011

SEBULAN LIMA HARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Diam tak diam dan bising tak bising secara senyap-senyap merisik khabar ingin mempunyai laman peribadi, kini telah hampir sebulan lima hari, saya menakhlukinya.

Di sini, saya mencoretkan isi hati, walaupun tidak secara langsung untuk merujuk kepada sesuatu perkara yang pernah dan telah terjadi dalam hidup saya, saya berasa tenang untuk menulis, melukis dan mantaksir bait-bait kehidupan yang telah banyak mengajar erti berdikari kepada saya.

Selain itu, saya dapat bertukar-tukar pandangan melalui perantaraan sahabat-sahabat yang sudi menjengah laman peribadi saya ini. Walaupun jumlah pengikut laman peribadi saya ini tidaklah menunjukkan jumlah yang besar, tetapi sekurang-kurangnya ada yang membaca. Walaupun sata halaman. Terima kasih diucapkan. Saya hargai kunjungan anda ke rumah isi hati saya ini. Dan jangan lupa untuk menjengah ke sisni setiap hari sambil menderma. Eh, kaitan apakah ini? Oh, hanya bergurau secara tersurat mahupun tersirat. Barangkali.


*Yahoo*
Bukan bertukar pandangan sebegini yang dimaksudkan oleh penulis.

Melalui laman peribadi saya ini, saya dapati diri saya tidak lagi kusut-masai seperti sebelumnya. Kusut-masai fikiran yang selama ini membelenggu, kini tidak lagi. Tekanan. Semua insan pasti melaluinya. Tetapi terpulang kepada individu itu sendiri untuk keluar daripada belenggu tersebut.


*Yahoo*
Tekanan, nyah kau dari sini.Fuh...fuh...fuh...Ditiup kepada pembaca juga agar tidak terkenan dengan tekanan. Apa? Tidak kelakar? Oh, tidak mengapa.


*Yahoo*
Binatang juga tahu stress, tahu?

Belenggu saya kini ada di sini. Di simpan rapi untuk saya berkongsi rasa hati dan melepaskan tekanan itu kepada anda, sang pembaca. Ada yang telah terasa tempias tekanan saya apabila membaca tampalan daripada laman peribadi ini? Oh, itu adalah tanggungjawab anda untuk melepaskan diri anda daripada tekanan senyap sunyi hasil daripada laman peribadi ini. Atau anda juga boleh mengeluarkan tekanan yang tersimpan di kotak idea barangkali. Barangkali bukan barangtambah, barangtolak, barangbahagi mahupun barang-barang peribadi. Izinkan penulis bergurau untuk menceriakan sebentar suasana daripada belenggu tekanan anda. Ingat, senyuman itu merupakan salah satu sedekah.



*Yahoo*
Manis kan apabila tersenyum. Cabut lari stress kalau setiap hari sebegini rupa.

Ketulusan hati: Terima kasih cikgu fizik, Cikgu Jieja yang merupakan sahabat terbaru saya. Harap maaflah, cikgu. Laman peribadi saya ini tiada satu pun menyentuh prinsip-prinsip fizik. Prinsip kehidupan tu adalah. Terima kasih juga kerana anda merupakan insan pertama yang mencatat sejarah dalam laman ini yang mengideakan sedikit ulasan. Terima kasih. Saya rasa ingin menamakan laman peribadi saya ini. Sesiapa ada cadangan? Jangan angkat tangan anda kerana saya tidak dapat melihat. Cukuplah sekadar memberi idea di kotak idea yang disediakan.

No comments: