Wednesday, October 19, 2011

RINDU ITU DATANG LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat handai sekalian? Saya mendoakan agar anda yang sedang membaca dikurniakan kesihatan yang baik dan tenang. Sihat tetapi tiada ketenangan adalah sangat tidak menyeronokkan. Tidak, begitu?

Serdang pada hari ini hujan. Semangat saya adalah sangat 'mandom'. Ini adalah perkataan dari negeri Kedah kalau tidak silap saya. Kalau silap maafkan lah saya kerana saya semestinya bukan orang Kedah. Eh, tetiba.

Rindu, merindu, dirindui, kerinduan dan berapa banyak rindu yang penulis ingin beritahu?

Asas perasaan bagi setiap insan adalah rindu. Kenapa saya berkata demikian?

Jawapannya mudah. Rindu itu pemangkin segalanya. Apabila perasaan rindu itu hadir, secara automatik fikiran kita akan melayang-layang terkenangkan peristiwa lalu. Rindu semestinya pada perkara yang sudah berlalu, bukan? Apabila rindu kita terkenang tetapi apabila kita terkenang akan sesuatu perkara, tidak semestinya kita rindu.

Pelik dan aneh sebenarnya perasaan rindu. Rindu akan seseorang, cukuplah sekadar dapat menatap potret wajahnya. Jika tiada gambar, tataplah wajahnya dalam ingatan. Memori yang tersemat itu membuahkan rindu.

Tetapi, tidak semua rindu itu adalah rindu. Rindu itu akan datang secara tiba-tiba sama ada kita sedar mahupun tidak. Tetapi kita tidaklah perlu terlalu melayan perasaan kerinduan itu. Cukuplah sekadar perasaan itu singgah di sudut hati untuk mengingatkan kita bahawa kita pernah melalui fasa-fasa kehidupan yang menyebabkan perasaan rindu itu bertapak di hati.


*Yahoo*
Rindu itu perkara biasa dan kita yang memangkinkannya untuk menjadi perkara luar biasa.


Saya akui saya sedang dalam fasa rindu. Tetapi sila jangan menolak kewujudan rindu dalam diri anda. Ianya ada dan kita sebagai insan biasa perlu mencungkil aura rindu itu ke arah kebenaran. Bukan membuang masa untuk perasaan rindu yang tidak bertepi.


Rindu,
Rindu pada kenangan semalam,
Rindu pada zaman silam,
Yang tidak terungkap,
Tetapi hanya terakam,
Oleh lubuk ingatan.

Rindu,
Saya akui saya rindu.

Rindu,
Rindukan zaman kanak-kanak,
Zaman yang banyak mengajar erti susah dan senang.

Rindu,
Pada keluarga mengasak fikiran,
Walaupun abah bukan orang senang,
Tetapi nikmat makanan dan keperluan asas,
Tidak pernah diabaikan,
Untuk kami sekeluarga,
Menyebabkan saya rindu untuk menikmati hari-hari indah bersama mereka.

Rindu,
Saya akui saya rindu.

Rindu,
Pemangkin semangat untuk maju jaya,
Pemangkin semangat untuk terus berusaha.

Rindu,
Apabila kita,
Letakkannya di tempat yang sewajarnya,
Kita tanamkannya di lubuk hati kita,
Bahawa rindu itu pengubat segalanya.

Rindu,
Bukan sekadar pada manusia,
Samaada ada mahupun sudah tiada,
Pada apa yang berlaku di sekeliling kita,
Itu juga bisa membuatkan rindu itu melanda.



*Yahoo*
Saya akui saya rindu kerana ridu itu datang lagi. Entah bila rasa rindu ini dapat diungkapkan kepada individu berkenaan. Hanya rindu yang saya ingin nyatakan kepadanya.


Ketulusan hati: Tampalan ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. Sekadar meluahkan rasa hati.

No comments: