Tuesday, October 4, 2011

PERMATA YANG DICARI HANYA TUHAN YANG TAHU

Permata Yang Dicari oleh Dehearty

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya supaya kita dipermudahkan urusan dari sudut beribadah kepadaNya dan memudahkan kita menguruskan urusan duniawi yang tidak kekal abadi. InsyaAllah.

Bagaimana perasaan anda apabila mendengar lagu di atas? Lagu tersebut merupakan sebuah lagu yang berjaya menyentuh lubuk sanubari saya. Ya. Berjaya. Anda pula bagaimana?

Bukan mudah untuk mencari pasangan yang benar-benar dapat menerima kita seadanya. Mungkin lebih mudah untuk biarkan Allah yang aturkan segalanya kerana rentetan kehidupan yang masih panjang dengan di penuhi ranjau berduri yang kadangkala tidak dapat dikenalapasti.


                                                                   *Yahoo*
             Tidak perlu membelek jari-jemari itu. Hanya fokus pada permata itu sahaja. Permata.


                                                                             *Yahoo*
Indah hanya di luaran. Alangkah indahnya jika keindahan dalaman juga adalah seperti di luaran.

                                 
Permata,
Memang indah,
Menjadi rebutan,
Menjadi pujaan,
Kepada sesiapa sahaja,
Tetapi,
Hanya yang benar-benar mampu sahaja layak menerimanya.

Permata,
Apabila insan disamakan dengannya,
Menunjukkan insan itu mempunyai nilai pekerti,
Yang benar-benar tulus ikhlas,
Setulus sanubarinya.

Permata,
Tidak jemu dipandang,
Kilauan dan kerdipan,
Menyapa pandangan,
Setiap yang memandang.

Permata,
Di hati ini,
Masih belum ketemu,
Bukan tidak mencari dan meneliti,
Tetapi,
Sukar untuk difahami.



Hanya Tuhan Yang Tahu oleh UNIC.


Di hati ini hanya Allah yang tahu. Saya kini tidak banyak berkomunikasi. Mungkin kerana terlalu membiarkan akal memikirkan mengenai ranjau cabaran di dunia ini. Tetapi kadangkala diam itu adalah lebih baik daripada berkata-kata kerana rugi sekiranya berkata-kata mengenai perkara yang lagha. Bagaimana pula dengan para sahabat saya sekalian?

Ketulusan hati: Setelah sekian lama tidak berkarya, akal seolah-olah menunjukkan kuasa manjanya. Akal perlu ditajamkan supaya dapat berfikiran secara kritis dan kreatif. Secara tiba-tiba teringat semasa di sekolah rendah dahulu, di mana setiap buku latihan pasti ada tertulis KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif). Rindu zaman sekolah.


No comments: