Thursday, October 13, 2011

KEJINGGAAN MATAHARI YANG TERBENAM

Kepekatan langit yang berwarna kejinggaan yang tidak berapa pekat kejinggaannya.  


Warna kejinggaan yang ingin membuka tirainya.


Konsentrasi warna yang semakin menunjukkan taring kejinggaan.


Ya. Semakin kejinggaan.


Kejinggaan maksima bukan untuk mempromosikan filem Impak Maksima. Tiada kaitan.


Warna langit kejinggaan yang semakin memudar untuk memberi ruang warna malam menggantikannya.


Assalamualaikum dan salam sejahtera makhluk-makhluk Alllah sekalian. Pada tampalan kali ini, pasti anda mengerutkan dahi untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Kejinggaan bagai. Kepada sesiapa yang menghargai warna jingga mungkin menyukai tampalan ini tetapi kepada yang tidak berkenan di hati faham-faham lah sendiri. Semua gambar adalah daripada sekitar tingkap bilik saya sahaja. Penulis tiada masa yang mencukupi untuk menjadi jurugambar yang merayau-rayau dan mencari-cari tempat yang sesuai untuk mendapatkan gambar tema untuk setiap tampalan. Harap maklum.

Perenggan pengenalan sahaja sudah panjang. Ini belum lagi masuk kepada babak penceritaan. Tidak mengapa yang penting anda, pembaca kesayangan saya masih lagi membaca apa yang saya coretkan. Terima kasih. 

Sejak kebelakangan ini, saya gemar meluangkan masa memerhati pemandangan. Adakah ini penangan hati ini terasa kekosongan? Jauhi spekulasi. Tingkatkan jati diri. Boleh?

Baiklah, pembaca yang baik-baik sekalian, bagaimana pula aktiviti anda sejak kebelakangan ini. Saya berjaya mengubah sedikit tabiat saya yang selama ini sering membaca dan berjalan secara alam maya kepada perkongsian pandangan saya terhadap pemandangan ciptaan Ilahi. Sudah lah cantik, tenang, damai serta mendamaikan kotak fikiran. Saya berasa selesa dengan perasaan menghargai ciptaan Illahi. Allah menciptakan pemandangan untuk umatNya berfikir, menenangkan fikiran serta menaakul setiap kejadiaanNya. Tidak begitu?

Syukur, Alhamdulillah atas kurniaanMu Ya Allah. Kadangkala apabila kita tenang, lapang, kita lupa untuk mengingatiNya tetapi apbila kita tersungkur, terjatuh, dan terasa kehilangan dan kesakitan, kita mula untuk menyedari dan mendekatkan diri kita kepadaNya.

Itulah sebab Allah turunkan ujian kepada kita. Bukan ujian peperiksaan itu lah. Tetapi ujian peperiksaan itu pun uijian juga, bukan?

Ujian hidup lebih mematangkan manusia sebenarnya daripada ujian yang dihadapi ketika peperiksaan. Kerana biasanya ujian dalam peperiksaan itu adalah untuk mendapatkan gred sama ada lulus atau gagal.

Tetapi tidak ujian dalam kehidupan. Kerana apa? Kerana ujian tersebut kita akan bawa untuk ke destinasi yang seterusnya agar kita dapat belajar dan memahami erti kehidupan itu sendiri. Penuh onak dan ranjau.

Tiada kehidupan yang mempunyai jalan yang lurus dan mudah. Mungkin ada manusia yang bertuah sebegitu, tetapi hidup mereka pasti hambar tanpa ujian kerana mereka tidak dapat memaksimakan perasaan yang mereka punya. Benar, bukan? 

Sebelum melabuhkan tirai tampalan pada kali ini, saya hidangkan anda dengan lagu dari Misha Omar dan Saiful yang bertajuk Tak Ku Duga. Ini hidangan pendengaran bukan hidangan makanan.

Ujian yang diberikan kepada kita sebenarnya tidak akan kita duga. Ini adalah benar. Ujian datang sama ada kita bersedia untuk menghadapinya atau sebaliknya. Tetapi selagi kita ada Allah, kuatkan semangat kerana Allah tidak akan menguji makhlukNya melainkan makhlukNya itu mampu untuk menghadapinya. Semangat yang kuat perlu dipupuk dan dicanai. Maka, untuk ujian yang akan datang, pupuk dan canailah semangat itu dari sekarang. Satu, dua, tiga. Pupuk dan canai. Sekarang juga.


video


Tak pernah ku duga satu saat jatuh cinta
Pada saat suram menyapa di hati ku
Mungkinkah masih ada oh cinta indah buat ku
Sedangkan sepi menemani ku

Buangkanlah sepimu menjadi sekuntum rindu
Aku akan mengisi ruang hatimu kasih
Cinta ini buatmu hati ini buatmu
Di sini ada cinta buatmu

Ku cinta kamu ku sayang kamu
Untuk selama-lamanya di hatiku
Menyayangimu mencintaimu
Benarkah ini kasih
Kebahagiaan kita miliki

Pintaku pada mu jujurlah oh ke akhirnya
Agar asmara kekal abadi dalam hati
Kekasih ku berjanji menemani mu nanti
Demi cinta indah ini kasih

Ku cinta kamu ku sayang kamu
Untuk selama-lamanya di hatiku
Menyayangimu mencintaimu
Benarkah ini kasih
Kebahagiaan kita miliki

Aku hanya mampu berdoa
Takdir ini buat kita
Menuju bahagia
Kita miliki cinta

Kekasih ku berjanji
Menemani mu nanti
Demi cinta indah ini kasih

Ku cinta kamu ku sayang kamu
Untuk selama-lamanya di hatiku
Menyayangimu mencintaimu
Benarkah ini kasih
Kebahagiaan

Ku cinta kamu ku sayang kamu
Untuk selama-lamanya di hatiku
Menyayangimu mencintaimu
Benarkah ini kasih
Kebahagiaan kita miliki
Kita miliki



Ketulusan hati: Lagu ini tidak semestinya ditujukan oleh pasangan bercinta tetapi kepada insan-insan yang berada di sekeliling kita. Kebahagiaan itu adalah hak milik setiap insan. Tidak, begitu?

No comments: