Tuesday, October 18, 2011

KADANGKALA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat saya. Hari ini saya ingin kongsikan satu terapi mata yang boleh menghilangkan tekanan yang melanda.

Tekanan. Seringkali dikaitkan dengan ketidakstabilan emosi. Ya. Saya sendiri akui perihal ini.

Gangguan dan kecelaruan emosi yang tidak dapat dikawal oleh seseorang boleh menyebabkan kehidupan menjadi suram, duka, sedih dan tidak sempurna.

Semestinya, sebagai seorang manusia, kebolehan mengawal emosi itu adalah amat penting. Sepenting menikmati makanan tatkala perut berkeroncongan. Apakah? Cepat senyum dan ketawa. Ini adalah lawak. Lawak ke? Entah.

Setelah sekian lama tidak dapat merealisasikan lawak di alam nyata, saya berasa janggal untuk berbuat demikian. Biasalah, emosi tidak stabil. Adakah patut menyalahkan dua ujian peperiksaan yang telah sempurna dijawab. Kini, tinggal satu lagi. Hari Jumaat pasti menanti. Mahu menyalahkan ujian pula. Padahal diri ini yang tidak dapat beroperasi dengan lancar. Seperti mesin pula saya merepek. Cepat, para pembaca sekalian ingin tahu.

Terapi mata yang saya maksudkan adalah melalui tangisan. Ya. Tangisan. Satu medium untuk menyalurkan ketidakstabilan emosi.


*Yahoo*
Tangisan itu semestinya perlu.


Melalui terapi tangisan ini, sebagai manusia, kita seringkali tersalah tafsir mengenai erti tangisan itu sendiri.

Tangisan dikaitkan dengan putus asa, kecewa, serta rasa gagal dalam kehidupan. Itulah yang menyebabkan kita seringkali menangis bersendirian supaya tiada manusia lain yang nampak ketidakkebalan  kita untuk mengharungi kehidupan.

Tangisan itu sememangnya perlu. Tanpa tangisan tiadalah erti gembira kerana manusia berjaya sering belajar dari kegagalan. Tetapi, apakah yang menemani kegagalan? Sudah pastinya adalah air mata.

Kadangkala,
Belajar dari air mata itu adalah lebih baik daripada belajar dari erti seronok semata-mata.

Kadangkala,
Belajar dari air mata itu adalah lebih baik daripada melepaskan tekanan dengan bersukaria.

Kadangakala,
Apabila kita bangun daripada setitis mahupun bertitis-titis air mata itu sudah cukup untuk memberi kita erti serta makna kegagalan kita yang selama ini tidak kita sedari.

Kadangkala,
Kita merasakan diri kita cukup kuat untuk bertahan tetapi adakalanya kita boleh menitiskan air mata tanpa kita sedari.

Kadangkala,
Air mata itu tidak mengenali lelaki atau wanita kerana kita adalah manusia yang layak untuk merasa apa yang orang lain rasa.

Kadangkala,
Sukar untuk kita bangun dan berjuang semula dari air mata tetapi hakikatnya sekali kita bangkit dari air mata, berjuta-juta kali kita bersemangat untuk mengharunginya.

Kadangkala,
Air mata bisa menjadi simbolik untuk kita bangun semula dan apabila kita berjaya pastinya air mata itu akan mengalir jua. 

Kadangkala,
Penulis juga begitu ketandusan idea untuk meneruskan apa yang dirasa.


*Yahoo*
Tangisan juga merupakan emosi pertama yang menyambut kita di dunia ini sebelum kegembiraan. Lihat betapa peri pentingnya erti sebuah tangisan.


 Ketulusan hati: Tampalan ini hadir tatkala jiwa dalam kekusutan dan saya sengaja ingin meluahkannya di sini. Sila ambil perhatian. Puisi pada stanza (rangkap) yang terakhir itu sebenarnya tiada kena-mengena dengan tampalan. Saya sekadar mencoretkan apa yang saya rasa. Tidak lupa. Terima kasih kerana membaca.

No comments: