Saturday, October 1, 2011

INSTITUSI JURUTERA MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya berkesempatan berkunjung ke suatu tempat yang berkaitan dengan tajuk di atas. Doakan saya supaya menjadi jurutera profesional suatu hari nanti. InsyaAllah.

Saya ingin berkongsi sedikit imej yang berjaya dirakamkan. Ingat, ini laman peribadi saya. Jadi, adalah wajar saya merakamkan moment-moment yang terdapat dalam hidup saya. Harap maklum.

Nasi lemak yang dihidangkan masih lagi terasa kenikmatannya. Sedap sangat. Bangunan ini masih dalam "renovation mood". Tidak mengapa, bangunan biar biasa, tetapi makanan itu biar yang luar biasa. Eh, penting kan ilmu ke penting kan makanan ni? he...he...

Jurutera, InsyaAllah saya datang. Sila berfikiran positif. Ingat senang ke nak dapat pergi talk yang sebegitu rupa.

Selamat datang. Kelihatan dedaun yang merimbun menyapa pandangan. Indahnya ciptaan Ilahi.


Pemandangan di seberang jalan. Sebenarnya, kami tersesat di seberang jalan sebelum sampai ke pangkal jalan ini. Ini bukan ajaran sesat. Sesat lagi menyesatkan.

Gambar dekat yang membuktikan dedaunan hijau. Benar, bukan?


Di atas pokok semestinya ada buah. Tetapi saya tidak dapat mengenalpasti pokok apakah ini. Manusia tidak sempurna. Tetapi, ada sahabat yang tahu pokok apakah ini? Ini bukan teka-teki. Hadiah tidak disediakan.


Restoran Pizza Hut yang menggamit perhatian. Perut sudah berkeroncong tetapi dibatasi dengan niat mahu makan di tempat lain selepas ini. Ya, hari adalah panas terik. Oleh itu, rakaman adalah tidak begitu jelas. Kamera saya pula bukan DSLR.


Cuba kira berapakah bilangan ketupat di dalam gambar ini? Teka-teki ini, lagi sekali saya ingatkan tiada hadiah disediakan. Raya dah tiba di penghujung, tetapi ketupat masih ada. Siapa kata ketupat hanya perlu disediakan di musim Hari Raya Aidilfitri sahaja?


Ketulusan hati: Catatan yang dicatat secara cepat kerana saya mahu ke The Mines pula pada detik 1.30 petang ini. InsyaAllah, saya akan menyusul dengan tampalan yang lain selepas ini. Doakan keselamatan saya. Assalamualaikum.

Kemaskini pada 18 November 2011: Gambar yang disiarkan telah hilang. Harap maklum. Penulis baru perasan mengenai insiden ini. Untuk makluman, penulis juga tidak lagi mempunyai gambar di atas. Minta maaf di atas ketidakselesaan ini. Sekian, terima kasih.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: