Friday, October 14, 2011

INGAT-MENGINGATI DAN NASIHAT-MENASIHATI SERTA TEGURAN YANG BERHEMAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para sahabat yang dikasihi sekalian. Apa khabar anda di sana? Saya berdoa agar anda dikurniakan kesihatan yang baik-baik sahaja dan fikiran serta emosi yang stabil untuk melayari hari-hari yang ingin dilayari. Tiba-tiba penulis terimaginasi untuk berlayar menggunakan kapal layar. Oh, angin yang mendamaikan serta ombak yang menderu-deru.


*Yahoo*
Alangkah indahnya jikalau dapat peluang bersantai di atas kapal layar dan menikmati hari dengan tenang jauh dari kesibukan duniawi. Kadangkala akal fikiran serta tubuh badan perlu direhatkan secukupnya untuk memaksimakan penggunaan akal. Bila agaknya dapat peluang sebegini?


*Yahoo*
Tetapi jikalau tidak dapat bersantai di atas kapal layar, di pantai yang ada jeti pun boleh, bukan? Oh, fikiran saya perlukan rehat kerana minggu ini sahaja tiga ujian peperiksaan yang telah saya tempuhi. Tiga ujian lagi pada minggu akan datang. Terasa kotak akal saya penat dan letih. Oh, tubuh badan saya juga begitu. Ada sesiapa yang ingin menaja saya untuk merehatkan diri? Tidak mengapalah.


*Yahoo*
Ya. Saya menyukai pantai. Ada rezeki lebih, saya nak beli sebuah pulau boleh? Berangan biar lebih, berusaha biar lebih-lebih. Adil, bukan?

  
Berdasarkan tajuk tampalan yang agak begitu panjang, sebenarnya saya ingin berkongsi dua video dari Ustaz Azhar Idrus.

Facebook. Saya ingin menggelarkannya sebagai buku wajah. Boleh? Oh, ini tampalan saya, anda adalah pembaca. Saya amat menghargai anda yang sudi singgah ke laman peribadi yang tidak seberapa ini.

Telah menjadi satu budaya untuk setiap insan mempunyai buku wajah. Ia seolah-olah satu budaya dalam masyarakat seantero dunia. 

Tetapi kepada para gadis dan wanita di luar sana perlu berhati-hati dengan wadah buku wajah ini. Hukum tetap hukum. Hukum itu sendiri adalah berlainan antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, pendekatan yang berlainan perlu diketengahkan.

Saya ingin mengajak anda untuk menonton video yang diketengahkan kerana video tersebut semestinya berada di tengah-tengah kedudukan tampalan pada kali ini.

Sila abaikan lawak itu dan teruslah menonton video yang diketengahkan.


video



Bagaimana penerimaan para gadis dan wanita sekalian? Tepuk dada tanya iman. Kadangkala kita sebagai manusia adalah lebih baik melakukan sesuatu perubahan itu secara perlahan-lahan mengikut satu langkah demi langkah agar kita dapat menilai erti kebaikan daripada sesuatu perubahan. Tidak, begitu?

Lagi sebuah video yang diketengahkan kepada anda daripada Ustaz Azhar Idrus juga. Mari kita saksikan.


video



Apa pandangan anda? Apa? Nak buang semua gambar anda? Sekarang? Bagus untuk semua para gadis dan wanita di luar sana. Boleh jadi calon untuk dijadikan isteri. Cepat, bertindak lah sekarang untuk buang semua gambar yang tidak sepatutnya. Simpan gambar yang hanya ada wajah anda satu inci sahaja di dalam wajah buku anda. Satu inci jangan lebih. Harap maklum.

Mesti ada di antara anda yang berkata "Ala, tak best lah macam ni. Kita nak update semua aktiviti kita. Entah apa-apa lah penulis ni. Sibuk je".

Tanggungjawab. Ini merupakan salah satu tanggungjawab saya untuk ingat-mengingati, nasihat-menasihati serta saya merasakan teguran saya adalah dengan menggunakan pendekatan yang berhemah.

Memang kita nanti tidak akan di kuburkan bersama. Tetapi kita semua bersama-sama akan di bangkitkan di Padang Mahsyar kelak.

"Ala, nak tegur-tegur kita pulak. Dia tu (penulis) baik sangat ke?". Jujur saya akui tidak lah baik sangat tetapi saya akan mencuba untuk jadi yang terbaik kerana saya ingin menjadi insan hebat.

Mari kita berubah bersama-sama untuk menuju ke jalanNya. Jalan yang diredhai Allah. Itu yang lebih baik.

Ketulusan hati: Berubah secara perlahan-lahan adalah lebih baik daripada tiada perubahan yang ingin diubah. Tidak, begitu? Tepuk dada, tanya iman. Tepuk iman, tanya Islam. Islam itu indah. Indah itu Islam.


No comments: