Saturday, October 1, 2011

BERSANTAI DI THE MINES

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berjumpa kita lagi di tampalan yang seterusnya. Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan pulang dengan selamatnya ke kolej. Terima kasih di atas doa kalian. Tampalan ini merupakan tampalan daripada tampalan ini. Sila baca tampalan yang diberikan sebelum membaca tampalan ini. Soalan, berapakah bilangan tampalan yang terdapat dalam perenggan ini? Oh, maaf kerana telah mengambil masa anda untuk mengira. Kemahiran matematik diperlukan untuk menjawab soalan.Ini adalah pembayang kepada soalan yang telah diberikan.

Mari saya bawa anda ke cerita yang selanjutnya.


Terima kasih kepada sahabat karib saya di atas pemberian sushi ini. Mungkin dia melihat saya tidak makan barangkali menyebabkan dia memberi? Oh, tidak mengapa sahabat. Apa-apa pun terima kasih. Budi yang baik pasti akan di balas baik. InsyaAllah.


Saya adalah seorang yang tidak merasakan makanan itu terlalu penting di saat saya keletihan. Jangan salah faham untuk mengatakan bahawa saya diet. Saya menikmati setiap makanan yang dihidangkan tetapi tidak di saat saya keletihan. Sudah jelas? Mungkin kenyatan ini agak berbaur emosi.

Saya akan membawa anda mengimbas kembali aktiviti yang di lakukan di The Mines. Ya, imbas kembali bukan imbas muka. Jika tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh penulis, anda boleh bertanya kepada *Google*.

Salah satu patung yang terdapat di kawasan The Heritage Village. Saya melalui kawasan ini dahulu sebelum meneruskan aktiviti berjalan kaki untuk ke The Mines.

Gambar keluarga bahagia yang mempunyai anak lelaki kecil yang sangat aktif. Sila perhatikan jarak ibu dan bapa serta anak mereka yang hanya dapat dirakamkan tangan dan kaki sahaja.

Kini, gambar anak kecil tersebut berjaya dirakamkan. Oh, ini bukan keluarga saya. Harap maklum. Sebenarnya, saya ingin mengajak anda untuk fokus melihat patung kuda hitam. Dapatkah anda cari? Ya, pandangan anda memang tajam.

Pemandangan yang tenang jangan disangka tiada manusia. Abaikan golongan manusia itu tetapi nikmatilah pemandangan yang telah dirakam. Memang damai. Angin pula bertiup sepoi-sepoi Bahasa Melayu kerana ini adalah angin daripada Malaysia. Sila pejamkan mata anda dan berimaginasi seolah -olah anda sedang berada di tepi pantai. Begitulah keadaan angin tersebut.


Setelah menempuhi segala onak ranjau yang berduri serta segala cabaran yang penuh berliku, saya akhirnya sampai di The Mines. Ayat, mahu yang hebat sahaja. Perkara pertama yang harus dilakukan adalah makan. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang paling digemari oleh semua insan pastinya. Benar, bukan?


 Hidangan yang paling ringkas di KFC. Apa lagi, hidangan snack plate lah jawabnya. Masih terasa di deria rasa lagi rasa ayam ini. Tiba-tiba deria hidu juga memainkan peranan. Bau ayam yang menusuk kalbu. Tetapi ayam spicy yang dihidangkan tidak sepedas ketika mula-mula ia diperkenalkan. Siapa setuju, sila makan KFC esok. Saya belanja, anda bayar. Oh, bergurau sahaja.

Hidangan untuk saya. Tetapi, tiada kentang putar dan kubis lobak pula. Si gadis di kaunter terlupa untuk memberi. Saya dapat juga setelah meminta. Tetapi gambar tidak sempat dirakam kerana keperluan perut harus diisi. Jangan marah, nanti anda lapar. Marah memerlukan tenaga, tahu?


Selepas mengisi perut yang berkeroncong, saya dan rakan-rakan meneruskan aktiviti berkaraoke. Aktiviti diteruskan lagi dengan tujuan untuk memakan bakteria baik untuk usus iaitu memperbaiki sistem penghadaman. Mari kita ikuti aktiviti yang saya maksudkan.

Aktiviti memakan Tutti Frutti. Mangkuk yang paling banyak bahan-bahan itu adalah hidangan saya bersama sahabat karib saya. Sharing is caring. Bolehlah kalau nak merasa. RM 14.30 jugak lah habis untuk aktiviti yang merupakan pertama kali dalam sejarah ini.

Mesin yang ringkas ini pun saya tak pandai guna. Di bantu oleh seorang gadis manis untuk meletakkan yogurt ke dalam mangkuk, maka terhasil lah hidangan seperti gambar di atas. Oh, macam mana nak jadi jurutera ni kalau mesin ringkas seperti ini tidak mahir untuk di operasi? Practice makes perfect. Perlu kah saya pergi ke sini lagi untuk memahirkan diri? Oh wang, jika lah anda bisa terbang apabila dipanggil, pastinya saya akan ke sini lagi. 

Sesungguhnya ini adalah ruang fruit land. Semestinya halal. Itu yang paling penting.

Ruangan untuk menjamu selera Tutti Frutti.

Buah-buahan yang diletakkan untuk menarik minat pelanggan barangkali. Saya tidak pasti sama ada buah-buahan yang diletakkan adalah asli atau tidak.

Buah-buahan di sudut penjuru yang berlainan. Malu untuk melihat secara dekat kerana tiada seorang pelanggan pun yang berminat untuk melihat melainkan saya. Nanti dikatakan saya tidak mengenal buah-buahan tersebut, ada yang memberi ceramah percuma mengenai buah-buahan yang terdapat di Malaysia pula.


Fruit land. Sesuai dengan slogannya iaitu "enjoy life with nature's best fruit".

Mangkuk kecil yang telah habis dimakan isinya.

Cantik lampu yang digantungkan. Dekorasinya memukau pandangan saya. Sila fokus pada lampu. Bukan dua orang jejaka itu. Mereka bukan keluarga saya. Mana tahu anda mengenali mereka. Serius saya tidak mengenali mereka.

Inilah gadis yang telah membantu saya menggunakan mesin ringkas itu. Sungguh manis orangnya juga layanan senyuman mesranya. Saya juga tidak mengenalinya. Harap maklum.


Hari yang memenatkan tetapi saya gembira dengan hari tersebut kerana saya dapat berkumpul dengan rakan-rakan seperjuangan. Tidak lupa juga, terima kasih kepada para sahabat saya kerana membaca tampalan ini. Kepada pahBEDAHye, selamat berkenalan. Semoga Allah merahmati ikatan persahabatan ini.


Ketulusan hati: Saya adalah insan biasa yang ingin menjadi insan hebat dan saya perlu berusaha ke arah itu. Apabila tiba masanya, biarlah hanya saya seorang yang tahu saya telah mencapai apa yang saya inginkan. Menjadi manusia hebat bukan untuk menunjuk-nunjuk kehebatan kepada orang lain tetapi cukuplah sekadar kita mengenali siapa diri kita sehingga ke tahap itu.

"Silalah klik saya," Iklan ini berkata.

No comments: