Sunday, October 2, 2011

BERSANGKA BAIK AMALAN MULIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoda dipermudahkan segala urusan kita pada hari ini hendaknya.

Saya masih tidak memahami sikap manusia yang sedalam-dalamnya. Mereka kadangkala bersikap seperti api dalam sekam dan tiba-tiba berubah sikap bagaikan aur dengan tebing.


*Yahoo*
Api dalam sekam yang kadangkala membuatkan kita perlu berhati-hati ketika bergaul dengan golongan sebegini. Jangan sampai kita makan dalam. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Kesakitan dalaman itu lebih perit daripada kesakitan fizikal.


*Yahoo*
Ini adalah sekam padi. Penulis ingin membantu sesiapa yang tidak pernah melihatnya.


*Yahoo*
Sikap bagai aur dengan tebing yang hanya kepura-puraan adalah salah satu sikap yang perlu dihindari. Cantiknya gambar ini. Subhanallah.


Mengapa Islam menganjurkan umatnya untuk sentiasa bersangka baik? Pertama, adalah supaya kita berasa tenteram dan damai ketika bersama-sama manusia yang diciptakanNya. Tidaklah kita sentiasa berasa tidak tenang dan keluh-kesah untuk sentiasa memikirkan segala nilai-nilai negatif yang ada dalam diri manusia tersebut. Benar, bukan?

Selain daripada itu, kita juga dapat mendidik hati kita supaya menjadi bersih. Hati yang kotor, berkeladak dan hitam merupakan hati yang sukar untuk diubati. Antara banyak-banyak penyakit, penyakit hati adalah antara yang sukar diubati. Mengapa? Kerana manusia yang sebegini rupa sentiasa berprasangka tidak baik kepada insan lain. Jadi, marilah kita bersama-sama menyucikan hati kita agar kita dapat menghayati kehidupan yang telah diberikan oleh Allah sebaik-baiknya.


*Google*
Saya bersetuju dengan pernyataan ini.


*Google*
Tak cantik lah ada hati yang berwarna hitam. Sudahlah tak sihat memenatkan diri pulak tu.


*Google*
Apabila kita sentiasa mebersihkan hati kita...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

*Google*
Inilah hasilnya. Cantik kan apabila hati kita berwarna kemerah-merahan. Rasa segar dan menyegarkan.


Allah menciptakan setiap manusia itu dari pelbagai latar-belakang dan pelbagai saiz dan rupa untuk kita berkenal-kenalan. Oleh itu, kita perlu tambahkan sikap bersangka baik ketika proses ini. Tidak sukar, bukan? Cubalah sedikit demi sedikit dahulu, lama kelamaan pasti menjadi bukit.

Setelah kita bersangka baik, cuba kenali peribadinya. Selepas itu, terpulangkah sama ada untuk meneruskan ikatan persahabatan ataupun tidak kerana tidak semua manusia boleh menerima sikap sesetengah manusia lain. Benar, bukan?

Jika ditakdirkan kita memperolehi sahabat yang tidak molek akhlaknya, salah satu cara yang perlu dipraktikkan adalah memberi teguran secara berhemah. Sedikit kupasan mengenai perkara ini ada di dalam tampalan ini. Membaca adalah amalan yang mulia. Kita juga dapat menambah sedikit pengetahuan.



Ketulusan hati: Saya pernah berhadapan dengan dugaan sebegini rupa. Tetapi sehingga sekarang manusia tersebut tetap bersangka tidak baik terhadap saya. Dia masih lagi menjaja keburukan saya yang saya kira tidak pernah wujud dan saya tidak pernah melakukan seperti mana yang dijajanya. Allah Maha Mengetahui. Siapa lah saya untuk menidakkan ujianNya ini. Saya adalah salah satu makhlukNya yang diuji. Di luar sana, pasti ada insan yang diuji dengan ujian yang lebih berat daripada saya. Terima kasih Ya Alllah di atas ujianMu ini. Saya masih kuat untuk mengharunginya. Allah tidak akan menguji makhluknya melainkan makhlukNya itu mampu untuk menghadapi ujian tersebut. Duhai hati, bertabah lah dikau. Saya mahu hati saya berwarna kemerah-merahan kerana ia menunjukkan bahawa hati saya adalah hati yang segar. Sakit. Sangat-sangat. Itu adalah perasaan orang yang menjadi manusia yang terpilih untuk menduduki ujian Allah ini.



1 comment:

La Jieja said...

lumrah dalam bersahabat!!! nice entri