Wednesday, September 28, 2011

NOTA CINTA BUAT BAKAL HAWA PELENGKAP TULANG RUSUK KIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman kerana sudi meluangkan masa membaca tampalan ini.

Sebelum meneruskan pembacaan, hayatilah bait-bait lagu Duhai Pendampingku. Untuk lebih merasai nikmat membaca, saya sarankan lagu ini dimainkan sambil membaca. He... he...



video



Warkah ini saya tujukan kepada kaum Hawa yang bakal menjadi tulang rusuk kiri buat kaum Adam. Pertama sekali, kaum Adam ingin nyatakan bahawa paras rupa bukan menjadi titik pertama untuk menjadi pelengkap kepada tulang rusuk yang hilang. Islam manggariskan beberapa panduan untuk memilih calon isteri. Hanya agama yang menjadi perkara utama dalam mencari pelengkap tulang rusuk kaum Adam.

Percayalah, mungkin terdapat beberapa atau segelintir kaum Adam yang menjadikan paras rupa dalam menjalin ikatan perhubungan. Tetapi, dalam mengecapi jalan menuju nikmat rumahtangga, kaum Adam pastinya akan memilih agama sebagai keutamaan. Mengapa? Kerana agama yang diamalkan dengan penuh kekusyukan dan keinsafan adalah perkara yang lebih utama berbanding kecantikan. Wahai kaum Hawa, kecantikan itu tidak akan kekal. Perlahan-lahan ia akan pergi meninggalkanmu seiring dengan pertambahan usia. Manakala agama yang sering didalami perlahan-lahan nescaya akan bertambah seiring menuju usia lanjutmu.


                                               
*Google*
Tenang pandangan kaum Adam apabila kaum Hawa berpegang teguh kepada agamanya.


Wahai kaum Hawa, bakal pelengkap rusuk kiri. Ketahuilah bahawa menutup aurat itu adalah kewajipan. Ianya wajib. Bukan fesyen semata-mata. Kaum Adam tidak mahu dipersalahkan di akhirat kelak apabila kami terlihat susuk-susuk tubuh yang tidak sebenar-benarnya di tutupi dengan sebaik-baiknya. Wahai kaum Hawa, ketahuilah, kami mempunyai satu nafsu dan sembilan akal manakala anda, kaum Hawa mempunyai satu akal dan sembilan nafsu. Memang kadangkala pandangan kaum Adam tidak dapat dielakkan. Mata-mata nakal kami, kaum Adam sukar untuk dilindungi. Wahai kaum Hawa, tolonglah. Tolong kaum Adammu ini untuk menundukkan pandangan. Berpakaianlah menutup aurat dan longgar bukan hanya memakai tudung tetapi pakaian yang benar-benar mengikut bentuk tubuhmu. Lagi sekali, kaum Adammu ini ingin meminta tolong. Tidak sukar pastinya.


 
*Google*
Indahnya kaum Hawa apabila berjaya menutup aurat sepenuhnya.



Selain itu, alangkah bahagianya sekiranya kaum Hawa yang dikurniakan kepada kaum Adam pandai memasak dan menghias rumah. Ini adalah satu bonus. Kaum Adam pastinya akan berasa tenang dan lapang setibanya di istana kita akibat keletihan setelah seharian bekerja mencari nafkah. Walaupun terdapat segelintir kaum Hawa yang tidak betah melakukan apa yang telah disebutkan, adalah tidak mengapa. Ini kerana kaum Adam percaya kaum Hawa akan belajar secara perlahan-lahan untuk menguruskan rumahtangga. Take your time, honey.

Sekiranya ditakdirkan kaum Hawa yang menjadi pelengkap rusuk kiri adalah seorang yang bekerjaya, hal ini juga adalah tidak mengapa. Setelah seharian penat bekerja, kita boleh meluangkan masa bersama-sama untuk melakukan kerja-kerja rumah. Tolong-menolong dan bertolak-ansur adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Kaum Adam percaya kita akan berlapang dada apabila kita bersama-sama menguruskan rumahtangga. 



*Google*
Bersama-sama menguruskan rumahtangga.


Ketulusan hati: Ingatlah para sahabat, rumahtangga adalah pelengkap iman seseorang. Peliharalah ia sebagaimana kamu memelihara imanmu.   

No comments: