Friday, September 30, 2011

SEBELUM DAN SELEPAS HUJAN SERTA PADA WAKTU MALAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikut merupakan koleksi pemandangan dari sudut bilik saya. Saya merasakan diri saya adalah sangat bertuah kerana setiap hari saya sentiasa menghadap pemandangan yang diciptakan oleh Allah yang Maha Esa. Subhanallah. Terima kasih, Ya Allah kerana memberi kurniaan yang tidak terhingga ini.

Pertama sekali, mari kita saksikan pemandangan sebelum hujan. Benarlah, kata pepatah "Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari". Kenapa tiada hujan di tepi hari? Maaf, lawak penulis mungkin tidak menjadi. he...he...


Pemandangan yang dapat dilihat dari sudut pandangan tepi tingkap bilik saya.


Pemandangan dari sudut sisi kanan.



Pemandangan dari sudut atas. Tak kan awan ada dekat bawah, pulak? Maaf, lawak yang lagi sekali tidak menjadi. Barangkali.


Pemandangan yang dinikmati dari sudut kiri. Panas tahu, ketika gambar dirakam. Penulis tidak mengeluh. Jangan salah tafsir. Hanya menyatakan cuaca pada saat gambar ini dirakam sahaja.
    
 Setelah bahang panas memanasi bumi, akhirnya hujan yang ditunggu-tunggu pun tiba. Eh, mengapa mesti kelihatan seperti sang kekasih yang menunggu kekasih hatinya? Sila abaikan. Mari kita saksikan pula pemandangan ketika waktu hujan.


                    Hujan yang turun bagaikan mutiara. Macam pernah ku dengar, tapi di mana ya?


Awan hitam yang berarak dan menandakan hujan membasahi bumi. Kenapa perlu salahkan katak?Adakah benar katak yang memanggil hujan? Sila nyanyi lagu Bangau oh Bangau. Anda pasti faham apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Ingat, menyanyi sehingga habis tahu? Kalau tidak anda tak tahu. Adakah lawak penulis sudah menjadi?

Setelah panas pada waktu tengah hari dan setelah itu pula hujan di waktu petang, kini tibalah di kala malam bulan mengambang. Anda tidak percaya? Di bilik penulis, imej bulan berjaya dirakamkan. Sila saksikan gambar-gambar di bawah.


Inilah yang dikatakan di kala malam bulan mengambang. Bukan merujuk kepada filem yang dilakonkan oleh Rosyam Nor itu. Di sini tiada disediakan perkhidmatan menonton filem. Harap maklum.


Gelapnya. Ya, memang gelap. Sila percaya tahap kegelapan yang dipamerkan. Anda sudah berasa seram? Ingat, ini bukan blog paranormal. Ingat tu.


Lagi sekali diingatkan bukan blog mencari entiti paranormal. Blog ini adalah normal. Mungkin penulis tidak normal. Eh, penulis hanya bergurau. Senyuman itu baik untuk otot muka dan awet muda. Apa kena mengena dengan senyuman? Barangkali, sudah tersasul lagi.

Ketulusan hati: Banyak sebenarnya manfaat apabila seseorang itu berblogging. Selain dapat kenalan, berkongsi idea dan pengalaman, saya juga dapat belajar menguruskan laman sendiri. Terima kasih di atas pengalaman lalu yang menyebabkan saya kini mempunyai laman sendiri. Benarlah, pengalaman mematangkan seseorang insan.  





No comments: