Tuesday, September 20, 2011

PENGAWALAN MINDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pengawalan minda.

Ya, saya bukanlah seorang pakar motivasi yang mampu memberi motivasi kepada orang lain.
Saya akui kenyataan itu.

Tetapi, sebagai seorang insan yang sudah melalui pahit getir kehidupan, mungkin saya mungkin boleh berkongsi sedikit sebanyak pengalaman kehidupan saya.

Pengalaman mematangkan seseorang. Benar, tetapi sejauh mana pengalaman dapat mengawal minda kita? 



*Google*



Pengalaman sama ada positif atau negatif sebenarnya bergantung kepada bagaimana kita mengawal minda kita? Tidak percaya? Mungkin contoh yang diberikan dapat membantu.

Contoh pertama, mari saya bawa anda dalam situasi pasangan yang bercinta. Bercinta yang berlandaskan hukum syarak yang saya tekankan di sini (saya dapati semakin ramai pasangan bercinta kini tidak mempunyai batas dalam pergaulan mereka seperti berpegangan tangan merupakan asas dalam percintaan - mungkin akan saya kupaskan dalam tampalan yang akan datang). Kita sendiri dapat perhatikan bahawa cinta yang hadir dalam diri pasangan ini memberi impak dalam kehidupan seharian. Apabila bergaduh, perasaan tidak gembira dipamerkan. Wajah kelihatan tidak bermaya, muram, gelisah dan sebagainya. Manakala, apabila pasangan tersebut ceria dan gembira, kita dapat rungkaikan mereka pasangan yang sedang meniti fasa bahagia.

Berdasarkan contoh yang saya berikan, kita dapat lihat betapa besarnya impak pengawalan minda kepada diri seseorang. Sebenarnya, tanpa memberi contoh tersebut pun, para sahabat mungkin bersetuju atau sebaliknya dengan kenyataan saya.

Sebenarnya, siapa yang terlibat dalam operasi pengawalan minda ini?


*Google*




*Google*



Kita adalah medium pengawalan minda kita. Benarkan? Kita, ya kita.

Memang tidak mudah mengawal minda. Hanya insan hebat yang mampu berbuat sedemikian. Jadi, untuk menjadi insan hebat, bagi saya, tidak salah kiranya kita menuju salah satu jalan untuk menujunya.

Cubalah, kawal minda kita. Positifkan ia. Semaikan dengan pegangan dan prinsip yang benar yang tidak menyesatkan minda kita dengan medium yang tidak positif misalnya.

Ya, tidak mudah mengawal minda, bukan? Tetapi tidak salah jika kita cuba menjadi insan hebat. Bukan untuk dipamerkan kepada khalayak tetapi cukuplah sekadar menjadi perhiasan diri. Kerana apa? Bukan untuk mengatakan bahawa sayalah yang terbaik di dunia ini. Tetapi pengawalan minda yang berjaya mampu memberi impak positif kepada sesiapa sahaja di sekeliling kita.


*Google*



Saya masih belajar,
Belajar memahami erti hidup.

Saya masih belajar,
Biarpun,
Merangkak, bertatih, berjalan mahupun berlari,
Yang pasti,
Saya masih belajar,
Untuk menghadapi hidup,
Yang belum pasti.

Saya masih belajar,
Dan akan terus belajar,
Kerana pembelajaran yang berkesan,
Datang dari pengawalan minda,
Yang perlu dipupuk hanya untuk diri,
Bukan untuk menunjuk-nunjuk,
Sekadar perhiasan peribadi.

Saya masih belajar,
Kerana saya,
Sentiasa seorang pelajar.


Ketulusan hati: Saya menulis sekadar ingin mencoretkan apa yang saya rasa. Mungkin menjadi persolan kepada anda, mengapa saya lebih gemarkan sajak dalam penulisan saya? Saya merasakan bahawa sajak, puisi mahupun pantun merupakan salah satu medium yang dapat memperhalusi jiwa seseorang. Benar, bukan? Sehalus budi pekerti, seharum peribadi, dan seindah budaya Melayu menjadi santapan hati nurani ini.

No comments: