Tuesday, September 13, 2011

PENAT ATAU LETIH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Penat,
Sememangnya ya,
Saya dah penat.


Letih,
Tidak sesekali,
Saya tumbang dengan perasaan ini.


Penat atau letih,
Perasaan yang digaul rapi,
Rapi serapi-rapinya,
Dalam hati yang penuh warna-warni.


Saya tahu,
Penat atau letih,
Wajar diimbangi dengan solusi yang mendamaikan hati,
Iaitu perhubungan diri ini dengan pencipta yang hakiki.


Penat atau letih,
Saya sedar,
Perampas kebahagiaan jiwa,
Merosakkan zat-zat serta roh-roh pemikiran,
Seperti api dalam sekam.


Penat atau letih,
Perlu dihapuskan,
Ya,
Saya harus bangkit,
Menyelami ke dasar hati,
Menyelam ke lubuk akal,
Mencari dekorasi yang mendamaikan.


Wahai penat atau letih,
Nyah kau dari sini,
Kerana saya tahu,
Bukan selamanya kau mengisi kekosongan hati sanubari.




*Google*



*Google*






Ketulusan hati: Sekadar mencari damai di hati yang tidak singgah sementara di antara penat atau letih.









No comments: