Thursday, September 29, 2011

HIBURAN DALAM KEHIDUPAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi menjengah laman ini yang tidak seberapa. Saya masih lagi dalam proses pembelajaran untuk mencari identiti untuk laman ini. Oh, tidak lupa juga kepada sahabat baru saya, tireless mom ~ beauty n soul terima kasih diucapkan. Selamat berkenalan Kak Faten yang gorgeous. Semoga ikatan silaturrahim ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaNya.

Pada isu kali ini, saya ingin berkongsi sedikit pendapat dan pandangan saya mengenai hiburan. Hiburan yang dibenarkan yang mempunyai batas, bukan hiburan yang dilaknatiNya. Astaghfirullah hal azim. Diharapkan agar kita sebagai seorang Muslim sentiasa di bawah naungannya.



*Google*
Salah satu medium hiburan yang digemari remaja kini.




*Google*
Hiburan yang dinikmati secara solo melalui pendengaran.



Pada pandangan saya, hiburan itu sendiri bergantung kepada individu itu sendiri. Setiap insan pasti mempunyai daya keinginan untuk berhibur terutamanya remaja.

Berkaraoke, bermain bowling, mahupun menonton wayang merupakan antara medium dalam hiburan. Seperti yang saya nyatakan tadi, keinginan untuk berhibur pasti timbul dalam diri setiap insan. Tidak salah untuk berhibur tetapi kita perlu tahu batas dan sedar bahawa di dunia ini tidak ada satu hiburan pun yang mampu memberi kepuasan yang maksima terhadap individu itu sendiri. Hiburan akan dicari lagi dan lagi, berulang-ulang kali sehingga pada suatu masa perasaan bosan yang menguasai. Percayalah.

Berkaraoke misalnya, bagi pendapat saya, tidak menjadi masalah. Mengapa? Kerana apabila kita bersama-sama teman yang sejantina yang menikmati hiburan itu, kita akan berasa selamat kerana tiada golongan daripada jantina lain yang memerhatikan kita. Jadi, kita telah menjaga salah satu batas yang disyorkan iaitu tidak menarik perhatian jantina lain. Tetapi janganlah terlalu menarik perhatian dengan menyanyikan sesebuah lagu itu sehingga kedengaran sehingga ke luar pintu daripada bilik karaoke itu pula. Batas perlu dijaga. Itu yang pasti.

Selain itu, saya berpendapat hiburan yang kekal adalah dengan melakukan suruhanNya. Allah lebih memahami makhlukNya. Jadi, diciptakan hiburan untuk menggantikan karaoke.

Ada sesiapa yang tahu? Tidak lain tidak bukan adalah membaca dan mengkaji Al-Quran. Membaca Al-Quran juga memerlukan kepakaran dalam mengawal suara, pernafasan, dan terdapat banyak kebaikan yang lain. Benar, bukan?



*Google*
Tidak menjadi masalah untuk membaca Al-Quran biarpun ketika ketiadaan bekalan elektrik.



*Google*
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.


Adakah anda bersetuju dengan saya? Oh, tidak perlu angkat tangan. Cukuplah sekadar memberi senyuman kerana senyuman itu merupakan sedekah. Minta maaf, penulis tidak pandai berjenaka di alam maya tetapi di alam realiti mungkin. Betul, ke? Entah, saya kurang pasti.

Selain itu, solat juga merupakan salah satu hiburan. Hiburan yang menenangkan. Peliharalah ia kerana solat adalah tiang agama. Terimalah video yang menyatakan kebaikan ini. Subhanallah.


video
Oleh Ustaz Shofwan Badrie


Ketulusan hati: Hiburan itu bergantung kepada individu itu sendiri untuk melaksanakannya. Ingat, jaga batas, jaga pergaulan, dan jaga peribadi. Jangan mudah terpengaruh dengan hiburan yang berlebih-lebihan. Hiburan Allah lebih mendamaikan.
   

No comments: