Monday, September 5, 2011

FILEM HANTU BONCENG

Assalamualaikum...

Kali ini saya ingin berkongsi beberapa luahan hati mengenai filem Hantu Bonceng. Kiranya ini merupakan sambungan daripada segmen BERSANTAI DI KENNY ROGERS ROASTERS lah.



Poster Hantu Bonceng yang diambil oleh kamera handset adik saya.

Hantu Bonceng mengisahkan Amran (Zizan Raja Lawak) yang digelar Raja Atas Tar yang sering memenangi perlumbaan motosikal haram. Kisah bermula apabila dia terlibat dalam kemalangan yang turut melibatkan 'habuannya' pada malam itu iaitu lakonan dari Juliana Evans. Kematian gadis tersebut menyebabkan Amran sering didatangi hantu gadis tersebut. Dengan bantuan sahabat karibnya, Kunyit, mereka bersama-sama menyelesaikan misteri tersebut. 


Berbalik kepada luahan hati mengenai filem tersebut, saya mendapati terdapat beberapa perkara yang agak aneh bagi pandangan saya lah kan... Tapi tak tahu pulak bagi sahabat-sahabat yang lain. Tiba-tiba teringat luahan perasaan adik saya yang tak senang dengan bunyi ketawa yang terlalu kuat daripada insan yang disebelahnya....sabar je lah...he...he...Biasalah, kita kan dekat pawagam....

  • Saya perasan sepanjang adegan merempit yang disajikan, tiada kenderaan lain yang berada di atas jalan  tersebut. Entahlah, mungkin saya salah tengok kot...Anda pula bagaimana? Secara rasionalnya, takkanlah kenderaan lain tak melalui jalan raya semasa adegan merempit tersebut? Kalau tak ada tak mencabarlah skill insan -insan yang merempit...Betul tak atau saya yang khilaf?

  • Kenapa tak ceritakan macam mana sihir yang dikenakan oleh Ayu terhadap Amran dilupuskan? Anda ada jawapan tak? Atau mungkin pengarah nak sambung filem Hantu Bonceng 2 kot? Kalau ada saya nak booking awal-awal tiket...Boleh? he...he...

Sekian sahaja daripada saya. Tapi filem ini serius lawak. Dan jangan lupa untuk ketawa kerana ketawa itu kan boleh hilangkan stress. Jangan asyik stress dengar orang sebelah ketawa je....he...he...


Ketulusan hati: Rindunya nak keluar jalan-jalan dengan adik-adik lagi. Bila lagi lah agaknya. Dah semua sibuk dengan pelajaran masing-masing. Allah menguji seseorang insan itu kerana DIA MAHA MENGETAHUI bahawa insan tersebut adalah HEBAT untuk menempuhi segala UJIAN dariNYA. Berfikir secara positif adalah lebih baik daripada bersangka buruk. Lakukan yang terbaik untuk diri, biar insan lain memandang hina, TETAPI kita sendiri tahu siapa DIRI SEBENAR KITA.... Jaga diri, jaga peribadi...


*Google*

*Google*

Ketulusan hati: Jangan berhenti berdoa kerana doa merupakan senjata orang mukmin.

No comments: