Friday, September 16, 2011

BAWA HATI, BAWA DIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat yang sudi menjengah ke laman peribadi saya ini.


Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk bersama-sama meraikan Hari Penubuhan Malaysia pada hari ini. Diharap cuti yang diberi tidak disia-siakan begitu sahaja. Luangkan masa dengan keluarga seumpamanya merupakan salah satu aktiviti yang agak menarik barangkali.



*Google*



Bawa hati,
Bawa diri,
Menajamkan akal,
Menambah pengetahuan dan pengalaman hidup.


Bawa hati,
Bawa diri,
Dari memikirkan masalah,
Ujian yang diberikan olenhNYA,
Tempuhi dengan penuh kekuatan dan kesabaran.


Bawa hati,
Bawa diri,
Ke mana sahaja,
Tanpa lari atau terpesong,
Dari hukum syarak.


Bawa hati,
Bawa diri,
Peluang mengenal diri sendiri,
Peluang memahami orang di sekitar,
Peluang mengekspretasi kekaguman terhadap ciptaan Illahi.


Bawa hati,
Bawa diri,
Didedikasi kepada adik kesayangan saya sendiri,
Yang merantau ke Johor pada hari ini.


Bawa hati,
Bawa diri,
Jaga diri,
Selami peribadi.


                                                
*Google*



Ketulusan hati: Rindu untuk menghabiskan masa dengan adik-beradik lagi. Merekalah sumber kekuatan saya kini. Mungkin saya perlu sterile hati dari mengingati ujian yang diberi olehNYA. Bersabar merupakan jalannya...

No comments: