Thursday, September 15, 2011

AKHIRNYA DENGAN SENYUMAN

*Google*



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Illahi kerana mengizinkan kesihatan yang sempurna, akal fikiran yang masih waras untuk membuat penilaian, keputusan serta menaakul perkara yang baik mahu pun sebaliknya.



*Google*



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana akhirnya saya telah pun berjaya mendapat tajuk thesis untuk projek tahun akhir. Semoga saya berjaya untuk meneruskan perjuangan jihad menunutut ilmu ini. Doakan saya.




*Google*



Saya turut ditemani oleh sahabat karib saya dan kami telah mendapat pengawasan daripada pensyarah yang yang sama. Alhamdulillah. Terasa 4 tahun di alam kampus semakin menyusuri hari-hari terakhir. Teringat saya kata-kata salah seorang pensyarah saya bahawa satu hari nanti kamu akan merindui saat-saat berada di kampus. Ya, saatnya hampir tiba. Sedih, pilu, tetapi saya juga mahu kan cabaran di alam pekerjaan juga. he...he...



Semoga apa yang saya pelajari sepanjang dalam penbikinan thesis akan menyemarakkan lagi perasaan saya untuk menuntut ilmu. InsyaAllah.


Ketulusan hati: Berdebar-debar untuk melangkah ke alam seterusnya. Alam yang belum tentu menjanjikan apa-apa tetapi sangat dinantikan oleh saya. InsyaAllah, an engineer to be in the future.

No comments: